Sunday, November 9, 2008

tidur yang mengkhayalkan

hye...ahah aku sendiri tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali ini.. disebabkan aku nak selitkan kisah tidur dalam entri kali ini, maka bertajuklah ia Tidur Yang Mengkhayalkan...

semalam [sabtu] aku dan famili pulang ke kampung ayah... tak jauh mana pun ada laa dalam 40 minit perjalanan... biasa la berjumpa saudara mara sambil-sambil merasa resepi istimewa pakcikku yang jadi italiano semalam, yahh dia memasak spagetti yang boleh tahan rasanya...yang paling penting bahan-bahan yang digunakan tu...hahaha..memang sedap..

sambil-sambil itu ada juga aku terdengar perihal sebuah filem yang bakal dihasilkan dan diarahkan oleh seorang pengarah yang agak kontroversi [bukan kontroversi kes cerai 3 bulan tu yer], nasir jani mahu bikin filem? aku dengar perihal jalan cerita nya pun agak menarik dan bakal mencipta kontroversi, almaklumlah cerita nya agak berani, tapi dari sumber mengatakan finas dah luluskan...berani bukan dari segi adegan2 melampau, tapi berani yang menongkah arus, pendek kata [panjang pun kata] filem yang mengisikan politik dalam jalan ceritanya, para pelakonnya pula terdiri daripada muka-muka baru, dan tidak terdedah kepada arus komersialisme industri seni...wahh memang aku tak sabar nak menunggu filem ini siap...dengar cerita hujung tahun nak mula penggambaran...

kami berada di kampung sehingga petang hari, kemudian kami terus pula ke rumah maklangku [adik mama, tadi kampung ayah], makan-makan lagi: kuay teow goreng, putu mayam, lemang.. memang famili aku macam ini [famili sebelah mama] kitorang selalu berkumpul sambil makan-makan...haha.. sehingga malam juga kami di sana, abang saudara ku juga mengajak kami yang muda-muda ini pergi menonton wayang... aku pada mulanya agak keberatan, memandangkan aku bukanlah penggemar filem aksi...tetapi mengenangkan pergi berhibur dengan saudara mara dan menonton pula di sebuah cinema yang baru sahaja dibuka, maka aku pun bersetuju laa... MBO nama panggung itu..dengar cerita cantik tempatnya...namun sekali lagi aku tegaskan aku bukanlah penggemar action movie.. dan cinema baru itu juga tidaklah sehebat mana kerana bagi aku panggungnya agak kecil...namun hiasan dalaman dan luarannya memang menarik...agak ramai juga orang almaklumlah tempat baru dibuka..

Quantum of Solace..cerita james bond yang dilakonkan oleh daniel craig.. pada minit-minit awal tayangan [ouh ya kami menonton tayangan tengah malam, midnite], fikiran aku dah mula di awang-awangan sambil berfikir: best ke cerita ni? pernah ke aku tengok cerita james bond sebelum ni? boleh ke aku bertahan sehingga ke akhir filem ni?
aku memang tak pernah mengikuti cerita james bond ni, dan kalau ada pun ia tak terkesan pada aku..aku memang tak minat filem aksi...dan paling penting aku tak minat cerita james bond [yer la kalau aku minat dah tentu aku follow cerita ni dari dulu kan??] dan sebab itu aku tertanya-tanya bolehkah aku bertahan dan menahan mata aku ini??? hahahha
namun nasib aku agak baik, james bond nya sangat lelaki dan berkarisma pada pandangan mata aku...maka dengan itu hati aku terbuka untuk menerima cerita ini serta membuka mata aku untuk mula memahami cerita ini... ouh ya walaupun aku tak minat filem aksi, tapi aku suka menonton filem seperti Italian Job, dan paling aku gemar ialah filem Ocean's 11, 12 & 13...itu memang aku minat...banyak juga aksi...tapi aku minat yang amat..
namun begitu, malangnya sehingga babak james bond mencampak mayat rakannya Mathis ke dalam tong sampah sahaja aku mampu memfokus...kemudiannya fikiranku mula di awangan dan mataku mula memberat...dan aku tahu sudah tiba masanya untuk aku tidur...aku tidak mampu bertahan lagi...aku khayal...
paling ekstrem apabila berlakunya aksi kejar mengejar tanpa dialog...menonton babak seperti itu sangat mengkhayalkan aku... serius aku memang alah pada babak seperti itu...
kerana sewaktu aku menonton filem triple-x [xxx] lakonan vin diesel bertahun-tahun yang dulu, aku juga terkhayal pada scene kejar mengejar tanpa dialog itu yang membuatkan aku lena dalam panggung..hahha
apabila aku tersentak oleh bunyi-bunyi kuat akibat dentuman mahupun tembakan dalam scene tersebut, aku cuba membuka mata tetapi semakin aku melihatnya, semakin kecil bola mataku... sehingga lah penghujung cerita....haha aku pun tak tahu apa ending filem james dan bond itu...dan aku pun tak berminat nak tahu...hahhaha nampak sangat ketakberminatannya aku pada filem ini walaupun hero filemnya sangat menarik...
kami pulang pun lebih kurang dalam pukul 2.30 a.m.. auhhh dah pagi dan aku sangat laa mengantukkk...maka aku pun menyambung tidur itu tadi...

hari ini pula [ahad] kami ke kajang pula, diajak oleh pakcikku untuk berkumpul dan makan-makan di sana, auhhh seperti dijangka topik tidur yang mengkhayalkan itu disensasikan oleh abang saudaraku itu..dah agak dahh...tak kisah pun...hahhaha
ouh ya sungguh enak makanan hari ini...nasi beriyani gam.. beriyani kambingnya memang mantappp.. aku ni sebenarnya bukanlah penggemar nasi beriyani, tapi hari ini nasi beriyani nya memang menyelerakan...ouh ya aku selalu sakit kepala kalau makan nasi beriyani, tapi tidak untuk yang ini, alhamdulillah..

ouh ya, tadi berbicara soal filem..aku hampir terlupa aku masih belum menonton filem Budak Kelantan...aku pun tengah berkira-kira untuk mencuri masaku ini..entah bila laa agaknya..
kenapa tak ajak saudara2ku itu? hoihhh tak payah laa, mereka ini skeptikal pada filem melayu yang mana dianggapnya semuanya tidak berbaloi untuk ditonton...memang cari pasal jer laa kalau aku ajak tengok filem melayu, lagi-lagi filem budak kelantan ni...

ouh ya berbicara lagi tentang filem, benarkah pengusaha-pengusaha filem sebenarnya sendiri bersekongkol dengan lanun cetak rompak, di mana awal-awal lagi lanun ni dah tawar sejumlah wang dan dipersetujui si pengusaha, asalkan dapat balik modal? walaupun sewaktu promosi filem dikempen pula agar perangi cetak rompak?? sedangkan mereka sendiri yang membenarkan lanun itu? kalau macam tu, tak perlu lah penguatkuasa KPDNHEP pergi membanteras kegiatan-kegiatan lanun ini, lebih baik mereka memfokus kepada kawalan harga-harga barangan yang mendadak naik sekarang ni.. tapi apa-apa pun aku hanya memberi persoalan sahaja, tidaklah aku menuduh si pengusaha, dan aku percaya kalau ada pun ia berlaku, bukan semuanya terbabit..hahha apa-apa pun ia sekadar persoalan..yang selebihnya lu pikir laa sendiri [nabil, saya pinjam ayat anda ok...]

hahaha...sekian sahaja entri kali ini...aku pun nak iron baju untuk kerja esok hari..juga nak mengemas bilik aku yang semakin berserabut ini....kemudian bolehlah aku tidur... tidur yang mengkhayalkan???...

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde




No comments: