masa berjalan tiap detik, tanpa dapat kita halang.
sesibuk mana pun kita, serehat mana pun kita..ia akan terus berjalan...meninggalkan kita...
ahaaa..aku tidaklah sesibuk mana, cuma aku tak berkesempatan nak menulis dalam blog dalam seminggu yang sudah...
aku pulang dari kerja, sampai dalam 5.30 p.m, waktu petang aku menonton sinetron olivia...
argghhh aku pun tak faham bagaimana aku boleh terlibat dengan sinetron tersebut... ouh, mungkin hanya untuk menghiburkan hati...jalan cerita menarik namun olahan yang membosankan, seperti memperbodohkan penonton macam aku...haha sekali lagi aku katakan aku hanya menonton untuk hiburan di waktu petang, sambil-sambil minum petang...
waktu malam pula, aku sibuk pula menonton drama kami the series. ouh aku hanya memuat turun di youtube. setahu aku ada 8 siri semuanya, dan sehingga catatan ini ditulis, aku baru sudah menonton 5 episod..haha. aku nak sangat menonton kami bukannya apa, aku sudah menonton kami the movie, jadi aku nak laa menonton kami the series yang telah ditayangkan sebelum keluarnya kami the movies itu.. selain itu, aku nak tengok lagi lakonannya zahiril adzim yang jadi pusher dalam cerita tu, dalam series lakonan dia tak menyerlah sangat, dalam kami the movies lakonannya sangat menyerlah dan berbakat..kalau dalam series yang cute nya yang memegang watak abu [nas-t]...hee.. sewaktu ditayang di 8tv aku ada jugak menonton satu dua siri, nampak macam tak menarik sebab aku asyik lihat ulang-ulangan, rupanya memang sengaja dibuat seperti itu dari sudut pandangan setiap watak yang ada...dah tengok kat youtube baru laa aku faham...haha.. ahad yang lepas juga aku pergi mencari dvd kami the series di speedy video, tapi tak ketemuan...ouh aku sendiri tak pasti sama ada atau tidak dvd nya dijual..untuk memuat turun dan menonton drama tersebut, paling tidak aku tidur pada pukul 1.30 a.m...ada jugak sampai 2.30 a.m...dan esoknya aku nak kerja..hahaha
selain itu, seminggu yang sudah juga aku sibuk membaca dan membalas email daripada my cousins. haha, yeah kami merancang untuk mengadakan our family day sekali lagi, yeahhh sekali lagi dalam tahun yang sama...haha baru aje bulan mac 2008 kitorang buat family day...ni insyaAllah hujung tahun 2008 ni kitorang nak buat lagi.. venue masih belum confirmed..tapi aku rase tempat yang sudah, sangat lah praktikal untuk family day kitorang ni. A-Famosa, melaka. sabtu yang sudah juga kami berkumpul ramai2 dengan saudara sebelah mama. tujuan: mesyuarat family day. haha dan sudah semestinya family gathering=pesta makan. yeahhh macam2 ada, mee kari, pizza, sandwiches, kuih muih.. sambil tu sempat celebrate birthdae one of my cousins yang umurnya baru 18... mesyuarat sabtu lepas dihadiri oleh semua kecuali my bro, my sis, n one of my cousins... yang lain semua datang, ada dalam 30 lebih orang berkumpul kat umah kitorang...seronokkk....
hari ahad yang lepas pula aku bawa mama n papa makan kat kenny rogers, biasalah semalamnya dah sibuk mengemas dan mencuci pinggan setelah mesyuarat tu, mama pun bersuara, "jom makan kat luar hari ni"... hmm, kitorang ke jusco... itu yang aku sempat mencari2 dvd kami the series. tiba-tiba teringat ada wayang yang aku nak sangat tonton, Budak Kelantan.. aiihh tapi takkan lah aku nak ajak diorang tengok cerita tu. papa dah tentu tak nak tengok wayang, mama plak lebih menggemari cerita seperti; Sepi, Akhirat, PHSM [aku sekadar menulis movies yang sudah mama tonton di pawagam bersama auntie2 ku yang lain].. aku memang nak sangat tonton cerita Budak Kelantan ni..aku pun tak pasti cerita ni bagus atau tidak, tak banyak baca review pasal filem ni. tapi aku dah tengok trailer...dah aku tertarik nak tonton. aku tahu semuanya speaking kelate, tiada masalah, aku banyak saing2 kelate dulu...hahha pelakon nya yang popular pun bienda n danny x-factor jer, yang lain tak berapa dikenali...dua pelakon yang bernama tu pun tak menarik hati aku... yang menarik hati aku untuk menontonnya dengar cerita filem ni agak lain daripada yang lain.. dan ada baca komen positif untuk watak jahat dalam filem ni, aku pun tak ingat siapa namanya... ouh aku mesti mencuri masa untuk menontonnya nanti...tapi bila??????????? masa....ohhhh...
hadiah...ouh ya hari ini [isnin], aku dapat dua hadiah daripada 2 orang rakan. satu daripada seorang daripada rakan sekerja yang dah dapat kerja di tempat lain. dan satu lagi hadiah daripada rakanku di universiti dulu sebagai hadiah konvokesyen, terima kasih laa banyak2...buat susah-susah aje...hee...
ouh mata aku dah berat ni, masa untuk tidur...
hingga jumpa nanti,
pistachio almonde
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment