Friday, November 28, 2008

laporan seminggu: seorang aku yang sibuk

Sabtu [22 november 2008]
hari sabtu...aku berkira-kira untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra atau nama ringkasnya PWTC...tujuan? untuk mencari peluang kerja...haha aku dah banyak kali pergi pesta kerjaya a.k.a career fair dan aku tau hasilnya kuranglaa memberangsangkan..
tetapi mengenangkan abang aku beriya-iya mengajak aku, maka aku pun berkeputusan untuk pergi ke sana... abang aku tu baru jer tamat study so dia memang berkobar-kobarlah mencari pekerjaan ni..hee
aku ambil keputusan untuk pergi pun disebabkan aku nak menghilangkan tekanan setelah aku dipilih atau lebih tepat diarahkan untuk menjadi pengacara bagi suatu seminar pada hari isnin.. aku ni tak pernah berhadapan dengan 100 orang dan bercakap di hadapan... aku takut gugup...itu sahaja....ouhhhhhhhhhh...jadi berjalan-jalan menenangkan fikiran laah jawabnya...
makanya aku pun menaiki pengangkutan awam yang dahulunya biasa aku naiki...komuter...
aku berhenti di KL Sentral...dan diambil oleh abangku dan rakan-rakannya di sana....kesian pulak aku tengok abang aku dan rerakannya berhimpit di seat belakang kereta, almaklumlah aku sorang je perempuan so aku kena laa duduk kat depan...hehe
kitorang tiba kat PWTC tu, ada macam-macam program rupanya, bazar batik, digital fair, career fair... sampai kat depan pintu career fair tu terjumpa pulak aku dengan seorang rakanku waktu sama-sama menuntut di universiti dulu...dia bukan mencari kerja almaklum dia sudah pun berpekerjaan tetap...maka aku pun berjalanlah dengan dia...sebenarnya banyak kali jugak aku terjumpa dengan dia dalam seminggu dua ni...
ouh ya selain itu, aku juga terjumpa dengan dr.faiz angkasawan ke 2 negara...ishh handsome nya, rugi aku tak tegur dia laaa...sebab mula-mula aku ingat bukan dia...hehe
ok...selepas meronda-ronda dalam dewan tu...setelah juga terjumpa dengan rakan-rakan lama sewaktu di universiti dulu...maka abangku dan rerakannya mengajakku makan pula...
maka kitorang pun menuju pula ke The Mall...dan bersantapan di McDonalds..seperti yang dijanjikan aku kena laa belanja abangku itu...kiranya aku jadi kakak laa hari tu...hahaha
kalau nak tahu ade laa dalam 2 hingga 3 jam kitorang duduk kat McD tu...haha...ramai-ramai pulak tu...bila dah duduk dengan abangku dan rerakannya tu...aku asyik nak ketawa je...lawak ke?? hahaha...ada seorang rakannya ni asyik berlawak jer...actually lawak dia tu aku dah pernah baca sebelum ni, tapi bila dia cerita semula dengan penuh bersungguh-sungguh, ditambah dengan loghat utaranya....waakakkakka memang tak kering gusi dibuatnya.... ada pulak seorang daripada mereka ni merupakan peserta Hero Remaja...tapi aku lihat takde laa hero mana pun...hahhaha abang aku? dia Hero Tua....lalalalaa
bergaul dengan abangku dan rerakannya ni membuatkan aku perlu mengalami proses asimilasi yang agak perlahan...abang aku pun dok tanya kenapa aku senyap jer...haha bukan senyap tapi aku memang macam ni laa...baru-baru kenal...aku kena mengenali mereka dulu...
diorang ni pulak mass commers...nasib baik laa masing-masing tak bawa kamera DSLR, kalau tak terkulat-kulat aku dengan kamera digital aku yang tak SLR tu... hahaa
anyway memang fun dok dengan diorang ni, kesimpulannya dapatla meredakan debaran aku nak jadi emcee isnin nya...hee
aku dan abang sampai rumah pun dah pukul 8.30 malam, kitorang naik bas...rasanya lagi baik bas sebab sudah tentu dapat duduk...berbanding komuter tu...hmmm
ouh ya sewaktu kami di McD itu, dalam pukul 6.30 petang ada seseorang menelefonku... dah lama rasanya kitorang tak bercakap di telefon...SMS tu ade laa jugak... malam tu kitorang message, konon nak jumpa tapi aku tau takkan jadi punya...agak-agak dah nak dekat setahun lebih kot kitorang tak berjumpa... hmm...memang perasaan rindu itu ada...tapi aku rasa biarlah macam ni sahaja...kalau ade rezeki nanti bertemu lah kami nanti....aku pun tak nak berharap sangat dengan dia...almaklumlah kisah lama usah dikenang, kelak nanti merana hati... errkk..

Ahad [23 november 2008]
ahad pula kami sekeluarga tak sabar-sabar menanti kepulangan adikku...haha adik aku ni dah kerja, jarang pulak balik, hari raya pun kena kerja...nak buat macam mana dah itu yang dia pilih...
pagi tu mama dan papa pulang ke kampung, ada kenduri...abang aku pulak dah balik semula ke shah alam..
aku meminta untuk tidak ikut serta pulang ke kampung kerana aku perlu menyiapkan skrip dan juga mempersiapkan diri fizikal dan mental untuk menjadi emcee keesokan harinya...
aku memang tak biasa berucap di depan orang ramai...aku takut stage fright jer...aku memang asyik berdebar-debar jer...kecut jer perut mengenangkan esok harinya aku perlu berhadapan dengan crowd yang dianggarkan 100 orang...
petangnya aku adik aku pun tiba...maka biasalah kitorang kalau dah jumpa macam-macam benda laa yang nak diborakkan...
adik aku balik ni pun disebabkan dia perlu menghadiri konvokesyennya pada hari selasa...

Isnin [24 november 2008]
isnin adalah hari yang penuh debaran... tapi pagi tu aku memang dah siap dari segi fizikal dan mental...aku dah kata pada diri aku perkataan TAKUT itu tidak perlu ada dalam diri aku pada hari itu....aku perlu menjadi seorang juruacara majlis yang bagus....
seperti kata adik aku, tunjukkanlah bakat...almaklum mama aku dahulu berpengalaman jadi pengacara majlis...so kitorang nak tengok laa darah pengacara tu mengalir tak kat kitorang..hehe
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....mula-mula tu berdebar jugak...tapi itu adat la...alhamdulillah aku tak gugup...aku buat macam biasa jer...
seminar ni diadakan di sebuah hotel yang berbintang-bintang kat bandar kelahiran aku ni... penceramahnya berjumlah 5 orang... ada seorang penceramah dari sebuah persatuan ni, sangat lah kacak dan menarik....hoihhhh....hahha terkenang-kenang pulak aku...heee
setelah selesai majlis, ada la jugak yang memberi ucapan tahniah pada aku...terima kasih cuma masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki...mungkin ucapan aku terlalu laju, dan aku sangat straight forward...almaklumlah first timer....aku pun tak biasa lagi....hehe
apa pun semuanya telah selesai....makan aku tak berselera sangat walaupun banyak lauk yang sedap-sedap, mungkin disebabkan aku sakit kepala....masa penceramah kelima dan terakhir aku dah sakit kepala...disebabkan aku selalu makan pukul 12.30 tengahari...ni majlis berakhir pukul 1.30... aku dah risau kalau aku tumbang pengsan jer waktu buka sesi soal jawab nanti...hehe nasib baik tak de apa-apa berlaku....Alhamdulillah....lega aku setelah semuanya selesai....

Selasa [25 november 2008]
selasa adalah majlis konvokesyen adikku, sayangnya aku tak dapat pergi...sebab kerja... esok harinya pulak aku ada sesi temuduga dan aku belum bersedia sepenuhnya... so aku tak dapat laa ikut serta..nasib baiklah abangku dapat pergi...seronoklah adikku bila abang aku bawa DSLR nya, siap bawa seorang lagi rakannya juga dengan DSLR....dah malam baru diorang balik...aku pun dah naik pening study untuk temuduga....

Rabu [26 november 2008]
rabu adalah hari temuduga...7.30 aku dah sampai ke tempat temuduga...bersemangat betul...orang pun tiada lagi masa tu...hahahha kiranya aku orang pertama sampai ke situ...
tapi aku memilih untuk menjadi orang kedua untuk ditemuduga...
berdebar-debar jugak tapi bila tengok orang yang menemuduga tu peramah jer...aku pun relax rasanya.... siap tanya pasal nama aku...mungkin ejaan nama aku tu sedikit pelik...alaa tak pelik mana pun...tuan penemuduga tu siap mencadangkan nama panggilan untuk aku pulak...haha katanya anak nya pun nama lebih kurang aku...haha
lepas tu dia suruh aku tengokkan komputer dia yang ada sedikit masalah.. aku pun tengoklah...tapi disebabkan ia adalah suatu sistem jadi aku tak tahu laa nak membaikinya...kalau yang lain-lain tu bolehlah aku tolong sebab aku ni selalu menggodek-godek komputer aku...
macam-macam jugaklah yang ditanya...dan aku main jawab jer apa yang aku tahu...yang aku tak tahu aku cakap jer tak tahu...cuma dia tanya kenapa tak minta post pegawai sedangkan aku ada degree...yang post ni aku guna diploma...aku cakaplaa aku dah lulus exam untuk jawatan pegawai tapi masih tak dipanggil interview lagi...dia kata nanti ada la panggilan tu...ouhhh macam tak nak benarkan aku mintak penolong pegawai ni jer...dia kata nanti aku susah nak naik pangkat kalau aku dah stuck kat penolong pegawai ni...ishh aku cakap balik aku tak kisah pun mula dari penolong pegawai...hmmm tapi aku rasa mesti dia nak beri peluang kepada mereka yang berkelulusan diploma kot, atau yang ada degree tapi tak lulus exam...uhhhhh...takpe laa aku akan menunggu keputusan temuduga ni dengan sabar hati...
selesai temuduga aku pun balik ke rumah...yahoooo hari ni aku minta cuti.....hahhaha seronok laa dapat duduk rumah....lagi-lagi ada adik aku....
belek-belek suratkhabar ada pulak pelakon pojaan dalam paper...zahiril adzim...tapi gaya ala-ala gothic dia tu sangatlah tidak sesuai...tapi aku tau itu bukan dia...biasa laa dah wartawan nak buat theme macam tu...ahhaha

Hari-hari seterusnya sehingga hari semalam....
hari Khamis adik aku dah pulang semula ke tempat kerjanya nun di sebuah negeri berwarna Perak?? hahha... semalam pula hari jumaat, hari membeli belah bagi kaum perempuan disebabkan rehat yang panjang...ditambah pulak hari bonuslink...aku takde membeli apa-apa pun...walaupun melihat sepasang kasut yang telah lama aku belek-belek dan walaupun duit gaji baru jer masuk selasa lepas...takde feel laa nak shopping ni...duit gaji aku bulan ni pun aku tak tengok lagi...hahhaha biar jer la..kalau aku keluarkan duit tu, dah tentu aku guna beli macam-macam....

begitulah kiranya laporan aku untuk seminggu...hoihh panjang jugak entri kali ni yerk? haha... ye laa aku takde masa nak tulis hari-hari...waktu ada masa ada feel ni laa aku tulis panjang-panjang kalau tak...harapan...hahaha...

p/s: sudahlah entri panjang, takde gambar pulak tu...haha

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

No comments: