Wednesday, February 4, 2009

m.u.a.k

meluat
memualkan
menjengkelkan
menyampah yang amat
terasa seperti mahu mencarut
korup sangat
ahhh gila...
bodoh..
ahhh kenapa aku emosi sangat malam ni?
aku sudah muak dengan semua ini
lagi bertambah muak dan jelek dengan situasi hari ini
semalam ada seekor katak melompat-lompat dengan gembira di atas permaidani di rumahku
huh...patutlah...rupa-rupanya...ishh...
aku harap kita semua dapat berfikiran matang
jangan biarkan kita semua dipijak-pijak
perlukah kita sepak sahaja katak-katak itu?
ish...sudahlah tu...
orang sibuk pasal ekonomi, kau sibuk nak melompat-lompat pula...
hah..katak oh katak...

p/s: ini bukan puisi, ini hanyalah luahan perasaan seorang aku yang muak pada sesuatu...

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

Thursday, January 22, 2009

lagu untukmu

berikut adalah lagu yang telah memenangi anugerah juara lagu ke 23 seperti yang aku ceritakan sebelum ini... tahniah meet uncle hussain...

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa... hoa... hoa...

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

budak kelantan

budok kelate. lambat...aku tahu aku lambat untuk memperkatake di sini... tapi aku nak royak jugok. gini...aku baru jah tengok cito budok kelate, yo..aku downlod dari tenet... meme dari ditaye kak waye dulu aku iyo-iyo nok gi tengok, tapi...takdo maso...aku meme minat nak tahu pasa cito ni... ore kato asrulfaizal yang lakon watak jahat tu baguh...lo ni aku ado maso dan doh selamat mendownlod aku pun dapat la jugok tengok cito ni...
kahkahkah camne loghat kelate aku? itu belum dengar aku kecek kelate lagi, mesti org kelantan kata aku bunyi macam ore siam...muahahha


mari aku reviu filem ni mengikut apa yang aku faham la...aku baru tengok satu kali jer cerita ni, ditambah pulak bahasa kelantan yang aku bukannya faham sangat tu...tapi sikit-sikit faham laa aku....ye laa masa aku study kat u dulu, aku ramai jugak kawan budak kelate ni...

cerita budak kelantan ni mengisahkan kisah si jahar (asrulfaizal) seorang pemuda kelantan yang dah berhijrah ke kuala lumpur... ada dalam 7 tahun kot dia tinggal kat k.l.. dua tahun pertama dia di kota lumpur ni dia bekerja...tapi lepas tu dia jadi malas dan berhenti kerja dan dia mula jual perempuan pada mak ayam...jadi boleh bayangkan bagaimana kehidupan seorang jahar ni... jahar digambarkan sebagai seorang yang menganggap perempuan hanyalah sebagai objek, jahar tidak pernah merasai apa itu cinta...sebab tu dia suka-suka jer rogol perempuan, culik perempuan tepi jalan. paling keji adegan jahar merogol seorang gadis, dia ajak kawan-kawan serumah dia join sekali...tapi kawan-kawan dia tak nak...diorang tak sanggup nak buat dosa tu...kata seorang kawannya "aku rela buat dosa lain dari buat dosa ni" lebih kurang macam tu laa maksudnya...aku pun tak ingat...walaupun kawan-kawan dia rompak orang, ambil dadah, tapi diorang tak pulak merogol atau menjual perempuan. cuma diorang ni membiarkan saja si jahar ni dengan perangainya itu. tapi melalui pengamatan aku, jahar ni kalau gadis kelantan jugak dia tak kacau...agaknya laa...

suatu hari jahar bertemu dengan rakan sekampungnya sewaktu kecil dahulu, buchek (danny xfactor) yang merupakan seorang mahasiswa di sebuah universiti di kota lumpur ni... berbeza dengan jahar, buchek memiliki sifat dan sikap yang sangat kontra daripada jahar. buchek digambarkan seorang yang rajin solat, baik, dan masih terpelihara daripada kenegatifan kota lumpur...buchek juga mempunyai teman wanita, che nor (bienda) yang juga baik orangnya.

apabila jahar bertemu buchek setelah bertahun-tahun tidak berjumpa...maka jahar mengajak buchek untuk menyelami kehidupan seharian jahar... bagaimana jahar mengurat perempuan, ambil pil kuda, minum ubat batuk, dan segala macam kehidupan jahar yang lain... buchek hanya mampu berdoa kepada Allah... ada satu adegan buchek nak singgah masjid untuk solat asar...kawan jahar, li tak nak berhenti kat masjid tu, tapi pastu jahar marah kawannya, katanya "walaupun kita ni jahat, tapi kita tak boleh halang orang nak buat baik/ibadat" lebih kurang itu la maksudnya.. ada juga adegan buchek yang terpaksa meminum ubat batuk [rasanya ubat batuk kodein tu la...ntah la aku pun tak tau apa yang diminumnya tu] untuk tidak mengecilkan hati jahar... kata buchek "masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek"...

adegan yang menyebabkan pergaduhan kecil antara jahar dan buchek terjadi apabila jahar menculik seorang perempuan cina yang sedang berjogging di tepi jalan. takde angin takde ribut tetiba jer dia tutup muka amoi tu pastu bawak masuk dalam kereta. rasanya dia nak jual perempuan tu laa agaknya. terperanjat laa si buchek ni dengan tindakan kawannya itu. tapi masa tu dia diam lagi. tiba pulak kereta nak abis minyak...li kawan jahar pergi beli minyak, jahar pulak nak terasa ke tandas waktu tu maka disuruhnya buchek yang memegang perempuan yang telah diculik itu. hah apa lagi si buchek pun menyelamatkan gadis itu dengan melepaskannya, siap bagi duit tambang teksi, dan paling kelakar amoi tu sempat pulak mintak phone number buchek ni...kalau secara logik lah kan...kalau dalam keadaan macam tu sempat ke kita nak mintak nombor phone bagai??? huhu... bila jahar sampai, tengok amoi tu dah lepas...maka ditumbuknya si buchek...ye laa mau taknya, kalau amoi tu report polis macam mana?? ditinggalnya buchek di tepi jalan...tanda marahnya ke atas perbuatan buchek tu...

kemudian jahar singgah di central market dan terlihat olehnya che nor, masa tu dia tak tau che nor tu siapa...che nor ni lawa orangnya bertudung dan agak tegas la jugak.. si jahar ni mengikut la che nor ni dengan harapan mendapat nombor telefon...tapi che nor buat tak layan jer sebab dia tengah sibuk call buchek tapi tak angkat-angkat... jahar masih tak abis-abis nak jugak mengurat che nor hinggalah buchek tiba, dan di situ baru la tahu che nor ni gurlfrennya si buchek... che nor ni pulak marah laa bila tahu jahar ni kawan buchek dan buchek tak tegur perbuatan kawan dia tu...

yang aku tak faham si buchek ni sedia nak bagi che nor ni pada jahar, supaya chenor boleh menyedarkan jahar agar kembali ke pangkal jalan, dan buchek mendapati jahar ni memang benar-benar suka kat chenor...aku tak faham jugak part ni...yang buchek beriya-iya nak bagi gurlfren dia tu kenapa? tang mana pulak dia nampak jahar ni betul-betul minat kat chenor ni? yang aku tau jahar ni beriya-iya nak jumpa chenor untuk meminta maaf atas perlakuannya sebelum ni... beriya-iya buchek nak bagi che nor pada jahar, dan beriya-iya jugak che nor membantah keputusan itu...eyh kalau aku pun tak setuju...kita sayang kat orang tu, dia pulak nak bagi kita kat orang lain yang kita tak kenal pun..nonsense...

akhirnya cerita ni berakhir dengan kematian jahar disebabkan accident, betul-betul sebelum dia nak jumpa che nor untuk meminta maaf. diorang sepatutnya bertemu di konsert dikir barat. yang kurang logik, bila buchek sampai kat konsert tu dan berjumpa dengan che nor dan beritahu yang jahar dah meninggal dunia...diorang boleh sambung lagi tengok konsert dikir barat tu... sepatutnya pergi la melawat jenazahnya jahar kan? hmm...mati juga akhirnya si jahar tu, tapi sebelum tu dia sempat menulis surat kepada buchek meluahkan isi hatinya dan kenapa dia jadi macam tu... si buchek pulak seakan menyalahkan che nor kerana tidak memberi peluang untuk jahar meminta maaf kepadanya sedangkan menurutnya jahar ikhlas nak minta maaf... pengakhiran cerita buchek seakan memilih amoi yang telah diselamatkannya sebelum ini... hehe..

begitulah serba sedikit filem budak kelantan ni mengikut pemahaman aku yang bukan orang kelantan ni... asrulfaizal berjaya membawa watak jahar dengan baik sekali... memang betul-betul jahat laa jadinya si jahar ni...cerita ni juga mengembalikan ingatan aku pada zaman aku belajar dulu di mana aku ada la jugak rakan-rakan kelantan ni... sampaikan ada seorang sumber inspirasi aku ni orang kelate jugok la...bukannya inspirasi macam mana sangat, cuma kalau aku melihat muka mamat kelate sorang ni yang cute tu, aku bersemangat betul nak mentelaah pelajaran selepas tu...hehhee apabila ditunjukkan kegelapan kehidupan jahar yang dilingkari perempuan, pil kuda, ubat batuk dan macam-macam lagi mengingatkan aku pada seseorang yang aku sendiri pun dah lost contact dengan dia, tak bermaksud dia pun sama dengan perangai jahar tu, tapi pernah orang menuduhnya seperti itu....ya atau tidak wallahualam... tapi aku tahu bukan semua orang kelantan ni macam tu, dalam filem ni pun digambarkan watak buchek yang sangat kontra dan sangat baik orangnya. dan aku sendiri ada rakan kelantan yang agak rapat dengan aku yang baik orangnya... dan juga bukan orang kelantan sahaja yang jahat macam jahar, tapi orang negeri lain pun sama jugak... cuma disebabkan kekuatan watak jahar tu, apabila penonton menonton cerita ini akan mengaitkan sisi gelap kehidupan jahar itu dengan pemuda kelantan...walaupun terdapat watak buchek yang baik...

begitulah ceritanya, puas hati jugak dapat tengok cerita ni...sebab aku memang nak tengok sangat cerita ini...harap lepas ni asrulfaizal boleh berlakon watak lain pulak...hehe mungkin orang yang tak berapa faham bahasa kelantan susah nak faham disebabkan bahasanya, tapi aku suka dengan bahasa kelantan ni..hehe

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

Sunday, January 18, 2009

pakcik hussain

huhu...aku sepatutnya dah tido sekarang ni sebab aku sangat ngantuk dan esok juga nak kerja... tapi disebabkan aku nak kongsi kegembiraan aku, maka aku luangkanlah sedikit masa untuk bercerita mengenai seorang pakcik kegemaranku ini...hehehe... aku sebenarnya tak pernah pun bertemu dengan pakcik ni...iaitu pakcik hussain...

pertama sekali tahniah kepada pakcik hussain kerana telah merangkul anugerah juara lagu ke 23 kali ini. aku pada mulanya sangat lah tak sangka dan taklah berharap sangat untuk kemenangan pakcik hussain ni... aku memang minat sangat dengan band ni, tapi aku tak sangka diorang akan menang kali ni... apa yang aku suka dengan band ni? erm...ada sesetengah lagu diorang yang aku minat...i like their music...pari-pari bawah angin, lagu untukmu, halusinasi macam-macam lagi laa.. dan paling aku minat adalah pada vokalisnya, pakcik lan...eyhh pakcik jugak ke? kahkah... bagi aku dia seksi dan ada tarikan...tapi hensem tak kot...aku bukan indie-fan...aku bukan seorang yang pergi ke gig-gig...aku hanya peminat musik yang boleh menerima apa-apa jenis musik...aku bukan peminat tegar mereka, tapi aku memang peminat mereka...dan aku memang minat lan vokalisnya...walaupun hari tu aku tengok melodi ada gosip tak berapa sedap pasal dia...tak mengapa, aku tetap minat... kalau lah aku bertemu dengan pakcik hussain ni...tentu seronok kan...lagi-lagi mendengar suara lan yang unik walaupun ada yang mengata suaranya seperti pasha sandau..kahkah...

berbalik pada anugerah juara lagu tadi... jangkaan awal aku sebelum konsert bermula ialah doa dalam lagu, zahid dan heliza...juara kategori etnik kreatif, sampai syurga faizal tahir kategori balada, dan kategori pop rock aku tak berapa pasti...mungkin stacy atau elyana...

tetapi apabila melihat kepada persembahan malam final tadi, lagu zahid dan heliza tidak disampaikan dengan berkesan begitu juga dua lagi lagu dalam kategori etnik tersebut...namun akhirnya dimenangi oleh farawahida lagu apa ntah aku tak ingat...tak kisah lah sebab takde lagu best pun dalam kategori tersebut... kategori balada pula ayu oiam dengan lagu hanya di mercu menunjukkan persembahan yang agak power, dan aku jangka ayu yang akan menggondol persembahan vokal terbaik...namun faizal tahir sebagai juara kategori balada dan juga persembahan vokal terbaik...ish aku rasa vokalnya takde laa best sangat malam tadi...rasa macam tak adil jer... lagi bertambah meluat bila faizal pun menang persembahan terbaik...apa sangat laa persembahan buka baju dan potong rambut dia tu...erkhhh...best lagi performance pakcik hussain...sangat menepati konsep iluminasi tu lah bagi aku...hehee...

bagi kategori pop rock...yang bertanding adalah lagu nyanyian pakcik hussain, stacy, sofaz, estranged, elyana.... pada aku yang benar-benar ada semangat nak menang dalam kategori ni ialah pakcik hussain, stacy dan mungkin estranged... manakala sofaz dan elyana berada pada takuk lama persembahan mereka...sebenarnya aku ingat pakcik hussain aku ni akan sekadar nyanyi biasa jer tapi tak sangka pulak mereka tampil berbeza ditambah dengan pencahayaan yang sangat menarik pada mata aku...jadi bila tiba nak umum juara kategori pop rock aku dapat rasakan harapan untuk meet uncle hussain ni....alhamdulillah mereka menang...tapi bila nak diumumkan pemenang juara lagu, aku ingat faizal tahir yang akan menang [aku dah hampir tutup telinga tak sanggup nak dengar] tapi bila cheryl samad sebut nama taja, tass dan lan...aku dah bersorak gumbira untuk mereka...hehe...memang hampir tak percaya, tapi itulah realiti.... seronok sangat melihat diorang menang....hee...tahniah

oklaa itu sahaja komen aku untuk AJL 23 ni...aku pun dah ngantuk sangat dan masa untuk tidur...selamat tidur...daaa...

amaran: penulis bukanlah juri tetap atau juri sampingan Anugerah Juara Lagu ke 23, penulis juga bukan pengkritik profesional, dan tidak pernah mendalami ilmu muzik. penulis hanyalah penggemar musik tempatan dan luar negara.. yaa termasuk lagu indon ya...kahkah

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

Friday, January 16, 2009

terkena batang hidung sendiri

hmm...pernah dengar peribahasa "terkena batang hidung sendiri"? eh itu peribahasa atau perumpamaan? ouh ia lebih kepada perumpamaan...

maksudnya umpama mengata orang lain, tetapi akhir sekali apa yang dikatakan itu terjadi pada diri sendiri. sakit tak? rasanya kalau mengata "kaw-kaw" pasal seseorang pastu kena sendiri kat kita, memang sakit laa kot...hehe

erm...aku baru jer 'terkena batang hidung sendiri'. hari kejadian, khamis, 15 Januari 2009. waktu, ada la dalam pukul 12 tengahari. lokasi, erm kiranya tepi jalanraya depan ofis aku la...sakit?? sendiri makan pengat sendiri mau ingat la! kahkah...

tapi kan..dalam situasi kejadian "terkena batang hidung sendiri" aku tu...
ia bukannya suatu perumpamaan...
jadi sakitnya lebih dahsyat barang kali? atau sakit yang bersifat perumpamaan itu lebih dahsyat? lebih makan dalam? sedangkan yang aku terkena batang hidung sendiri itu sakitnya hanya di batang hidung sahaja? kahkah...

eh dah masuk entri untuk 2009 rupanya...lama aku tak mencoret dalam ni...aku online tapi aku takde masa nak tulis entri...ouh ye, tadi aku pergi menonton filem 'maut'...nanti la aku cerita pasal tu...aku pun dah mengantuk ni...daaa

p/s: apa perasaan kamu kalau terlanggar tiang lampu tepi jalan, betul-betul terkena tepat di batang hidung anda sendiri? tentu sakitkan?? boleh jadi sakitnya hingga sekarang...aduhhhh


hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

Tuesday, December 16, 2008

harapan

ehm...hujung minggu yang lepas aku ke kluang johor...melaksanakan suatu misi dalam usaha menggapai harapan dan cita-cita...
aku membawa harapan ramai orang...mama n papa, family, pakcik dan makcik, saudara dan mara, rakan-rakan dan paling penting harapan aku sendiri...
sebenarnya aku pernah melaksanakan misi ini pada bulan mei 2008...tetapi aku kandas di situ... jadi harapan aku kali ini, misi ini berjaya hendaknya...insyaAllah...
walaupun aku tahu usaha aku kali ini bukanlah seratus peratus, namun aku masih berharap...
durasi aktiviti selama hanya sehari membuatkan aku tidaklah terlalu tertekan namun aktiviti fizikal yang dikatakan senaman asas itu benar-benar membuatkan aku sakit kaki dan sengal-sengal otot seluruh badan...huhh senaman asas laa sangat...sampai sekarang masih terasa sakitnya otot-otot aku ini...hee...

di sana berjumpa ramai orang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pekerjaan, dan perangai....masing-masing ke sana untuk satu misi yang sama...mengejar cita-cita?
tapi tak sempat pula untuk aku meminta contact number, mungkin durasi perkenalan yang begitu singkat melupakan aku untuk berbuat demikian...tak mengapalah...

hmm...kluang adalah sebuah pekan kecil yang pada aku agak menarik walaupun tiadalah apa sangat yang menariknya...paling popular di sana ialah kluang station...seperti kopitiam...
shopping complexnya ada sebuah sahaja iaitu kluang parade...agaknyalah sebab itu jer yang aku nampak...malam-malam ramai muda-mudi berkumpul di situ...walaupun ia bukanlah bandar besar, tapi aku lihat remaja nya banyak terpengaruh dengan fesyen-fesyen dari jepun seperti harajuku barangkali... aku berkesempatan membeli sebuah beg, tetapi beg tiruan dengan tulisan abercrombie...lawa memang lawa...walaupun aku berprinsip untuk tidak membeli barangan tiruan...tapi untuk kali ini aku beli juga sebab sangat-sangat tertarik dan aku sememangnya memerlukan beg itu pada waktu itu juga...heheee... cuma satu jer lah tentang kluang ni, agak sukar untuk mencari makanan melayu...kedai mamak banyak laa...dan aku bukanlah peminat nasi-nasi berlauk mamak itu, walaupun begitu aku tetap peminat roti naannn...hehehe... selain kluang sempat juga ke ayer hitam...seronok juga walaupun tiadalah seronok sangat...haha

berbalik pada harapan...aku benar-benar berharap dapat mencapai misi yang satu ini... namun jika tiada rezeki, aku redha...mungkin rezeki di tempat lain...

otot-otot aku masih terasa lagi sakitnya hingga kini...itulah padahnya orang yang jarang bersenam...huhu...salah aku juga dah tahu ada aktiviti fizikal tak nak bersenam, tapi aku memang tiada masa selain aku pun kurang sihat minggu lepas...huhu

p/s: aku ada snapped pictures...tapi tak transfer lagi...

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

Thursday, December 4, 2008

toksik

bleughhhh....
dalam seminggu ni aku rasa badan aku macam berat jer.. erk bukan berat badan aku naik...tapi aku rase macam badan aku berat dan lemah jer...macam tak bermaya jer...
hari ni pun aku tidak pergi ke pejabat sebab malam tadi aku dah demam... aiyohh nak raya ni pulak nak demam...ish..badan aku pun macam sengal-sengal jer...perut aku pun macam kurang selesa jer...aku rasa badan aku ni dah banyak TOKSIK laa... tu laa siapa suruh tak nak makan sayur...huhuhu...cara terbaik nak detoksifikasi badan aku ni ialah dengan berpuasa dan jangan lupa makan buah-buahan banyak...wahhh kalau dapat fresh orange pun best jugak ni...harap-harap aku bertambah sihat...insyaAllah

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde