budok kelate. lambat...aku tahu aku lambat untuk memperkatake di sini... tapi aku nak royak jugok. gini...aku baru jah tengok cito budok kelate, yo..aku downlod dari tenet... meme dari ditaye kak waye dulu aku iyo-iyo nok gi tengok, tapi...takdo maso...aku meme minat nak tahu pasa cito ni... ore kato asrulfaizal yang lakon watak jahat tu baguh...lo ni aku ado maso dan doh selamat mendownlod aku pun dapat la jugok tengok cito ni...
kahkahkah camne loghat kelate aku? itu belum dengar aku kecek kelate lagi, mesti org kelantan kata aku bunyi macam ore siam...muahahha
mari aku reviu filem ni mengikut apa yang aku faham la...aku baru tengok satu kali jer cerita ni, ditambah pulak bahasa kelantan yang aku bukannya faham sangat tu...tapi sikit-sikit faham laa aku....ye laa masa aku study kat u dulu, aku ramai jugak kawan budak kelate ni...
cerita budak kelantan ni mengisahkan kisah si jahar (asrulfaizal) seorang pemuda kelantan yang dah berhijrah ke kuala lumpur... ada dalam 7 tahun kot dia tinggal kat k.l.. dua tahun pertama dia di kota lumpur ni dia bekerja...tapi lepas tu dia jadi malas dan berhenti kerja dan dia mula jual perempuan pada mak ayam...jadi boleh bayangkan bagaimana kehidupan seorang jahar ni... jahar digambarkan sebagai seorang yang menganggap perempuan hanyalah sebagai objek, jahar tidak pernah merasai apa itu cinta...sebab tu dia suka-suka jer rogol perempuan, culik perempuan tepi jalan. paling keji adegan jahar merogol seorang gadis, dia ajak kawan-kawan serumah dia join sekali...tapi kawan-kawan dia tak nak...diorang tak sanggup nak buat dosa tu...kata seorang kawannya "aku rela buat dosa lain dari buat dosa ni" lebih kurang macam tu laa maksudnya...aku pun tak ingat...walaupun kawan-kawan dia rompak orang, ambil dadah, tapi diorang tak pulak merogol atau menjual perempuan. cuma diorang ni membiarkan saja si jahar ni dengan perangainya itu. tapi melalui pengamatan aku, jahar ni kalau gadis kelantan jugak dia tak kacau...agaknya laa...
suatu hari jahar bertemu dengan rakan sekampungnya sewaktu kecil dahulu, buchek (danny xfactor) yang merupakan seorang mahasiswa di sebuah universiti di kota lumpur ni... berbeza dengan jahar, buchek memiliki sifat dan sikap yang sangat kontra daripada jahar. buchek digambarkan seorang yang rajin solat, baik, dan masih terpelihara daripada kenegatifan kota lumpur...buchek juga mempunyai teman wanita, che nor (bienda) yang juga baik orangnya.
apabila jahar bertemu buchek setelah bertahun-tahun tidak berjumpa...maka jahar mengajak buchek untuk menyelami kehidupan seharian jahar... bagaimana jahar mengurat perempuan, ambil pil kuda, minum ubat batuk, dan segala macam kehidupan jahar yang lain... buchek hanya mampu berdoa kepada Allah... ada satu adegan buchek nak singgah masjid untuk solat asar...kawan jahar, li tak nak berhenti kat masjid tu, tapi pastu jahar marah kawannya, katanya "walaupun kita ni jahat, tapi kita tak boleh halang orang nak buat baik/ibadat" lebih kurang itu la maksudnya.. ada juga adegan buchek yang terpaksa meminum ubat batuk [rasanya ubat batuk kodein tu la...ntah la aku pun tak tau apa yang diminumnya tu] untuk tidak mengecilkan hati jahar... kata buchek "masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek"...
adegan yang menyebabkan pergaduhan kecil antara jahar dan buchek terjadi apabila jahar menculik seorang perempuan cina yang sedang berjogging di tepi jalan. takde angin takde ribut tetiba jer dia tutup muka amoi tu pastu bawak masuk dalam kereta. rasanya dia nak jual perempuan tu laa agaknya. terperanjat laa si buchek ni dengan tindakan kawannya itu. tapi masa tu dia diam lagi. tiba pulak kereta nak abis minyak...li kawan jahar pergi beli minyak, jahar pulak nak terasa ke tandas waktu tu maka disuruhnya buchek yang memegang perempuan yang telah diculik itu. hah apa lagi si buchek pun menyelamatkan gadis itu dengan melepaskannya, siap bagi duit tambang teksi, dan paling kelakar amoi tu sempat pulak mintak phone number buchek ni...kalau secara logik lah kan...kalau dalam keadaan macam tu sempat ke kita nak mintak nombor phone bagai??? huhu... bila jahar sampai, tengok amoi tu dah lepas...maka ditumbuknya si buchek...ye laa mau taknya, kalau amoi tu report polis macam mana?? ditinggalnya buchek di tepi jalan...tanda marahnya ke atas perbuatan buchek tu...
kemudian jahar singgah di central market dan terlihat olehnya che nor, masa tu dia tak tau che nor tu siapa...che nor ni lawa orangnya bertudung dan agak tegas la jugak.. si jahar ni mengikut la che nor ni dengan harapan mendapat nombor telefon...tapi che nor buat tak layan jer sebab dia tengah sibuk call buchek tapi tak angkat-angkat... jahar masih tak abis-abis nak jugak mengurat che nor hinggalah buchek tiba, dan di situ baru la tahu che nor ni gurlfrennya si buchek... che nor ni pulak marah laa bila tahu jahar ni kawan buchek dan buchek tak tegur perbuatan kawan dia tu...
yang aku tak faham si buchek ni sedia nak bagi che nor ni pada jahar, supaya chenor boleh menyedarkan jahar agar kembali ke pangkal jalan, dan buchek mendapati jahar ni memang benar-benar suka kat chenor...aku tak faham jugak part ni...yang buchek beriya-iya nak bagi gurlfren dia tu kenapa? tang mana pulak dia nampak jahar ni betul-betul minat kat chenor ni? yang aku tau jahar ni beriya-iya nak jumpa chenor untuk meminta maaf atas perlakuannya sebelum ni... beriya-iya buchek nak bagi che nor pada jahar, dan beriya-iya jugak che nor membantah keputusan itu...eyh kalau aku pun tak setuju...kita sayang kat orang tu, dia pulak nak bagi kita kat orang lain yang kita tak kenal pun..nonsense...
akhirnya cerita ni berakhir dengan kematian jahar disebabkan accident, betul-betul sebelum dia nak jumpa che nor untuk meminta maaf. diorang sepatutnya bertemu di konsert dikir barat. yang kurang logik, bila buchek sampai kat konsert tu dan berjumpa dengan che nor dan beritahu yang jahar dah meninggal dunia...diorang boleh sambung lagi tengok konsert dikir barat tu... sepatutnya pergi la melawat jenazahnya jahar kan? hmm...mati juga akhirnya si jahar tu, tapi sebelum tu dia sempat menulis surat kepada buchek meluahkan isi hatinya dan kenapa dia jadi macam tu... si buchek pulak seakan menyalahkan che nor kerana tidak memberi peluang untuk jahar meminta maaf kepadanya sedangkan menurutnya jahar ikhlas nak minta maaf... pengakhiran cerita buchek seakan memilih amoi yang telah diselamatkannya sebelum ini... hehe..
begitulah serba sedikit filem budak kelantan ni mengikut pemahaman aku yang bukan orang kelantan ni... asrulfaizal berjaya membawa watak jahar dengan baik sekali... memang betul-betul jahat laa jadinya si jahar ni...cerita ni juga mengembalikan ingatan aku pada zaman aku belajar dulu di mana aku ada la jugak rakan-rakan kelantan ni... sampaikan ada seorang sumber inspirasi aku ni orang kelate jugok la...bukannya inspirasi macam mana sangat, cuma kalau aku melihat muka mamat kelate sorang ni yang cute tu, aku bersemangat betul nak mentelaah pelajaran selepas tu...hehhee apabila ditunjukkan kegelapan kehidupan jahar yang dilingkari perempuan, pil kuda, ubat batuk dan macam-macam lagi mengingatkan aku pada seseorang yang aku sendiri pun dah lost contact dengan dia, tak bermaksud dia pun sama dengan perangai jahar tu, tapi pernah orang menuduhnya seperti itu....ya atau tidak wallahualam... tapi aku tahu bukan semua orang kelantan ni macam tu, dalam filem ni pun digambarkan watak buchek yang sangat kontra dan sangat baik orangnya. dan aku sendiri ada rakan kelantan yang agak rapat dengan aku yang baik orangnya... dan juga bukan orang kelantan sahaja yang jahat macam jahar, tapi orang negeri lain pun sama jugak... cuma disebabkan kekuatan watak jahar tu, apabila penonton menonton cerita ini akan mengaitkan sisi gelap kehidupan jahar itu dengan pemuda kelantan...walaupun terdapat watak buchek yang baik...
begitulah ceritanya, puas hati jugak dapat tengok cerita ni...sebab aku memang nak tengok sangat cerita ini...harap lepas ni asrulfaizal boleh berlakon watak lain pulak...hehe mungkin orang yang tak berapa faham bahasa kelantan susah nak faham disebabkan bahasanya, tapi aku suka dengan bahasa kelantan ni..hehe
hingga jumpa lagi,
pistachio almonde
Thursday, January 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment