Tuesday, December 16, 2008
harapan
aku membawa harapan ramai orang...mama n papa, family, pakcik dan makcik, saudara dan mara, rakan-rakan dan paling penting harapan aku sendiri...
sebenarnya aku pernah melaksanakan misi ini pada bulan mei 2008...tetapi aku kandas di situ... jadi harapan aku kali ini, misi ini berjaya hendaknya...insyaAllah...
walaupun aku tahu usaha aku kali ini bukanlah seratus peratus, namun aku masih berharap...
durasi aktiviti selama hanya sehari membuatkan aku tidaklah terlalu tertekan namun aktiviti fizikal yang dikatakan senaman asas itu benar-benar membuatkan aku sakit kaki dan sengal-sengal otot seluruh badan...huhh senaman asas laa sangat...sampai sekarang masih terasa sakitnya otot-otot aku ini...hee...
di sana berjumpa ramai orang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pekerjaan, dan perangai....masing-masing ke sana untuk satu misi yang sama...mengejar cita-cita?
tapi tak sempat pula untuk aku meminta contact number, mungkin durasi perkenalan yang begitu singkat melupakan aku untuk berbuat demikian...tak mengapalah...
hmm...kluang adalah sebuah pekan kecil yang pada aku agak menarik walaupun tiadalah apa sangat yang menariknya...paling popular di sana ialah kluang station...seperti kopitiam...
shopping complexnya ada sebuah sahaja iaitu kluang parade...agaknyalah sebab itu jer yang aku nampak...malam-malam ramai muda-mudi berkumpul di situ...walaupun ia bukanlah bandar besar, tapi aku lihat remaja nya banyak terpengaruh dengan fesyen-fesyen dari jepun seperti harajuku barangkali... aku berkesempatan membeli sebuah beg, tetapi beg tiruan dengan tulisan abercrombie...lawa memang lawa...walaupun aku berprinsip untuk tidak membeli barangan tiruan...tapi untuk kali ini aku beli juga sebab sangat-sangat tertarik dan aku sememangnya memerlukan beg itu pada waktu itu juga...heheee... cuma satu jer lah tentang kluang ni, agak sukar untuk mencari makanan melayu...kedai mamak banyak laa...dan aku bukanlah peminat nasi-nasi berlauk mamak itu, walaupun begitu aku tetap peminat roti naannn...hehehe... selain kluang sempat juga ke ayer hitam...seronok juga walaupun tiadalah seronok sangat...haha
berbalik pada harapan...aku benar-benar berharap dapat mencapai misi yang satu ini... namun jika tiada rezeki, aku redha...mungkin rezeki di tempat lain...
otot-otot aku masih terasa lagi sakitnya hingga kini...itulah padahnya orang yang jarang bersenam...huhu...salah aku juga dah tahu ada aktiviti fizikal tak nak bersenam, tapi aku memang tiada masa selain aku pun kurang sihat minggu lepas...huhu
p/s: aku ada snapped pictures...tapi tak transfer lagi...
hingga jumpa lagi,
pistachio almonde
Thursday, December 4, 2008
toksik
dalam seminggu ni aku rasa badan aku macam berat jer.. erk bukan berat badan aku naik...tapi aku rase macam badan aku berat dan lemah jer...macam tak bermaya jer...
hari ni pun aku tidak pergi ke pejabat sebab malam tadi aku dah demam... aiyohh nak raya ni pulak nak demam...ish..badan aku pun macam sengal-sengal jer...perut aku pun macam kurang selesa jer...aku rasa badan aku ni dah banyak TOKSIK laa... tu laa siapa suruh tak nak makan sayur...huhuhu...cara terbaik nak detoksifikasi badan aku ni ialah dengan berpuasa dan jangan lupa makan buah-buahan banyak...wahhh kalau dapat fresh orange pun best jugak ni...harap-harap aku bertambah sihat...insyaAllah
hingga jumpa lagi,
pistachio almonde
Friday, November 28, 2008
laporan seminggu: seorang aku yang sibuk
hari sabtu...aku berkira-kira untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra atau nama ringkasnya PWTC...tujuan? untuk mencari peluang kerja...haha aku dah banyak kali pergi pesta kerjaya a.k.a career fair dan aku tau hasilnya kuranglaa memberangsangkan..
tetapi mengenangkan abang aku beriya-iya mengajak aku, maka aku pun berkeputusan untuk pergi ke sana... abang aku tu baru jer tamat study so dia memang berkobar-kobarlah mencari pekerjaan ni..hee
aku ambil keputusan untuk pergi pun disebabkan aku nak menghilangkan tekanan setelah aku dipilih atau lebih tepat diarahkan untuk menjadi pengacara bagi suatu seminar pada hari isnin.. aku ni tak pernah berhadapan dengan 100 orang dan bercakap di hadapan... aku takut gugup...itu sahaja....ouhhhhhhhhhh...jadi berjalan-jalan menenangkan fikiran laah jawabnya...
makanya aku pun menaiki pengangkutan awam yang dahulunya biasa aku naiki...komuter...
aku berhenti di KL Sentral...dan diambil oleh abangku dan rakan-rakannya di sana....kesian pulak aku tengok abang aku dan rerakannya berhimpit di seat belakang kereta, almaklumlah aku sorang je perempuan so aku kena laa duduk kat depan...hehe
kitorang tiba kat PWTC tu, ada macam-macam program rupanya, bazar batik, digital fair, career fair... sampai kat depan pintu career fair tu terjumpa pulak aku dengan seorang rakanku waktu sama-sama menuntut di universiti dulu...dia bukan mencari kerja almaklum dia sudah pun berpekerjaan tetap...maka aku pun berjalanlah dengan dia...sebenarnya banyak kali jugak aku terjumpa dengan dia dalam seminggu dua ni...
ouh ya selain itu, aku juga terjumpa dengan dr.faiz angkasawan ke 2 negara...ishh handsome nya, rugi aku tak tegur dia laaa...sebab mula-mula aku ingat bukan dia...hehe
ok...selepas meronda-ronda dalam dewan tu...setelah juga terjumpa dengan rakan-rakan lama sewaktu di universiti dulu...maka abangku dan rerakannya mengajakku makan pula...
maka kitorang pun menuju pula ke The Mall...dan bersantapan di McDonalds..seperti yang dijanjikan aku kena laa belanja abangku itu...kiranya aku jadi kakak laa hari tu...hahaha
kalau nak tahu ade laa dalam 2 hingga 3 jam kitorang duduk kat McD tu...haha...ramai-ramai pulak tu...bila dah duduk dengan abangku dan rerakannya tu...aku asyik nak ketawa je...lawak ke?? hahaha...ada seorang rakannya ni asyik berlawak jer...actually lawak dia tu aku dah pernah baca sebelum ni, tapi bila dia cerita semula dengan penuh bersungguh-sungguh, ditambah dengan loghat utaranya....waakakkakka memang tak kering gusi dibuatnya.... ada pulak seorang daripada mereka ni merupakan peserta Hero Remaja...tapi aku lihat takde laa hero mana pun...hahhaha abang aku? dia Hero Tua....lalalalaa
bergaul dengan abangku dan rerakannya ni membuatkan aku perlu mengalami proses asimilasi yang agak perlahan...abang aku pun dok tanya kenapa aku senyap jer...haha bukan senyap tapi aku memang macam ni laa...baru-baru kenal...aku kena mengenali mereka dulu...
diorang ni pulak mass commers...nasib baik laa masing-masing tak bawa kamera DSLR, kalau tak terkulat-kulat aku dengan kamera digital aku yang tak SLR tu... hahaa
anyway memang fun dok dengan diorang ni, kesimpulannya dapatla meredakan debaran aku nak jadi emcee isnin nya...hee
aku dan abang sampai rumah pun dah pukul 8.30 malam, kitorang naik bas...rasanya lagi baik bas sebab sudah tentu dapat duduk...berbanding komuter tu...hmmm
ouh ya sewaktu kami di McD itu, dalam pukul 6.30 petang ada seseorang menelefonku... dah lama rasanya kitorang tak bercakap di telefon...SMS tu ade laa jugak... malam tu kitorang message, konon nak jumpa tapi aku tau takkan jadi punya...agak-agak dah nak dekat setahun lebih kot kitorang tak berjumpa... hmm...memang perasaan rindu itu ada...tapi aku rasa biarlah macam ni sahaja...kalau ade rezeki nanti bertemu lah kami nanti....aku pun tak nak berharap sangat dengan dia...almaklumlah kisah lama usah dikenang, kelak nanti merana hati... errkk..
Ahad [23 november 2008]
ahad pula kami sekeluarga tak sabar-sabar menanti kepulangan adikku...haha adik aku ni dah kerja, jarang pulak balik, hari raya pun kena kerja...nak buat macam mana dah itu yang dia pilih...
pagi tu mama dan papa pulang ke kampung, ada kenduri...abang aku pulak dah balik semula ke shah alam..
aku meminta untuk tidak ikut serta pulang ke kampung kerana aku perlu menyiapkan skrip dan juga mempersiapkan diri fizikal dan mental untuk menjadi emcee keesokan harinya...
aku memang tak biasa berucap di depan orang ramai...aku takut stage fright jer...aku memang asyik berdebar-debar jer...kecut jer perut mengenangkan esok harinya aku perlu berhadapan dengan crowd yang dianggarkan 100 orang...
petangnya aku adik aku pun tiba...maka biasalah kitorang kalau dah jumpa macam-macam benda laa yang nak diborakkan...
adik aku balik ni pun disebabkan dia perlu menghadiri konvokesyennya pada hari selasa...
Isnin [24 november 2008]
isnin adalah hari yang penuh debaran... tapi pagi tu aku memang dah siap dari segi fizikal dan mental...aku dah kata pada diri aku perkataan TAKUT itu tidak perlu ada dalam diri aku pada hari itu....aku perlu menjadi seorang juruacara majlis yang bagus....
seperti kata adik aku, tunjukkanlah bakat...almaklum mama aku dahulu berpengalaman jadi pengacara majlis...so kitorang nak tengok laa darah pengacara tu mengalir tak kat kitorang..hehe
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....mula-mula tu berdebar jugak...tapi itu adat la...alhamdulillah aku tak gugup...aku buat macam biasa jer...
seminar ni diadakan di sebuah hotel yang berbintang-bintang kat bandar kelahiran aku ni... penceramahnya berjumlah 5 orang... ada seorang penceramah dari sebuah persatuan ni, sangat lah kacak dan menarik....hoihhhh....hahha terkenang-kenang pulak aku...heee
setelah selesai majlis, ada la jugak yang memberi ucapan tahniah pada aku...terima kasih cuma masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki...mungkin ucapan aku terlalu laju, dan aku sangat straight forward...almaklumlah first timer....aku pun tak biasa lagi....hehe
apa pun semuanya telah selesai....makan aku tak berselera sangat walaupun banyak lauk yang sedap-sedap, mungkin disebabkan aku sakit kepala....masa penceramah kelima dan terakhir aku dah sakit kepala...disebabkan aku selalu makan pukul 12.30 tengahari...ni majlis berakhir pukul 1.30... aku dah risau kalau aku tumbang pengsan jer waktu buka sesi soal jawab nanti...hehe nasib baik tak de apa-apa berlaku....Alhamdulillah....lega aku setelah semuanya selesai....
Selasa [25 november 2008]
selasa adalah majlis konvokesyen adikku, sayangnya aku tak dapat pergi...sebab kerja... esok harinya pulak aku ada sesi temuduga dan aku belum bersedia sepenuhnya... so aku tak dapat laa ikut serta..nasib baiklah abangku dapat pergi...seronoklah adikku bila abang aku bawa DSLR nya, siap bawa seorang lagi rakannya juga dengan DSLR....dah malam baru diorang balik...aku pun dah naik pening study untuk temuduga....
Rabu [26 november 2008]
rabu adalah hari temuduga...7.30 aku dah sampai ke tempat temuduga...bersemangat betul...orang pun tiada lagi masa tu...hahahha kiranya aku orang pertama sampai ke situ...
tapi aku memilih untuk menjadi orang kedua untuk ditemuduga...
berdebar-debar jugak tapi bila tengok orang yang menemuduga tu peramah jer...aku pun relax rasanya.... siap tanya pasal nama aku...mungkin ejaan nama aku tu sedikit pelik...alaa tak pelik mana pun...tuan penemuduga tu siap mencadangkan nama panggilan untuk aku pulak...haha katanya anak nya pun nama lebih kurang aku...haha
lepas tu dia suruh aku tengokkan komputer dia yang ada sedikit masalah.. aku pun tengoklah...tapi disebabkan ia adalah suatu sistem jadi aku tak tahu laa nak membaikinya...kalau yang lain-lain tu bolehlah aku tolong sebab aku ni selalu menggodek-godek komputer aku...
macam-macam jugaklah yang ditanya...dan aku main jawab jer apa yang aku tahu...yang aku tak tahu aku cakap jer tak tahu...cuma dia tanya kenapa tak minta post pegawai sedangkan aku ada degree...yang post ni aku guna diploma...aku cakaplaa aku dah lulus exam untuk jawatan pegawai tapi masih tak dipanggil interview lagi...dia kata nanti ada la panggilan tu...ouhhh macam tak nak benarkan aku mintak penolong pegawai ni jer...dia kata nanti aku susah nak naik pangkat kalau aku dah stuck kat penolong pegawai ni...ishh aku cakap balik aku tak kisah pun mula dari penolong pegawai...hmmm tapi aku rasa mesti dia nak beri peluang kepada mereka yang berkelulusan diploma kot, atau yang ada degree tapi tak lulus exam...uhhhhh...takpe laa aku akan menunggu keputusan temuduga ni dengan sabar hati...
selesai temuduga aku pun balik ke rumah...yahoooo hari ni aku minta cuti.....hahhaha seronok laa dapat duduk rumah....lagi-lagi ada adik aku....
belek-belek suratkhabar ada pulak pelakon pojaan dalam paper...zahiril adzim...tapi gaya ala-ala gothic dia tu sangatlah tidak sesuai...tapi aku tau itu bukan dia...biasa laa dah wartawan nak buat theme macam tu...ahhaha
Hari-hari seterusnya sehingga hari semalam....
hari Khamis adik aku dah pulang semula ke tempat kerjanya nun di sebuah negeri berwarna Perak?? hahha... semalam pula hari jumaat, hari membeli belah bagi kaum perempuan disebabkan rehat yang panjang...ditambah pulak hari bonuslink...aku takde membeli apa-apa pun...walaupun melihat sepasang kasut yang telah lama aku belek-belek dan walaupun duit gaji baru jer masuk selasa lepas...takde feel laa nak shopping ni...duit gaji aku bulan ni pun aku tak tengok lagi...hahhaha biar jer la..kalau aku keluarkan duit tu, dah tentu aku guna beli macam-macam....
begitulah kiranya laporan aku untuk seminggu...hoihh panjang jugak entri kali ni yerk? haha... ye laa aku takde masa nak tulis hari-hari...waktu ada masa ada feel ni laa aku tulis panjang-panjang kalau tak...harapan...hahaha...
p/s: sudahlah entri panjang, takde gambar pulak tu...haha
hingga jumpa lagi,
pistachio almonde
Sunday, November 9, 2008
tidur yang mengkhayalkan
semalam [sabtu] aku dan famili pulang ke kampung ayah... tak jauh mana pun ada laa dalam 40 minit perjalanan... biasa la berjumpa saudara mara sambil-sambil merasa resepi istimewa pakcikku yang jadi italiano semalam, yahh dia memasak spagetti yang boleh tahan rasanya...yang paling penting bahan-bahan yang digunakan tu...hahaha..memang sedap..
kami berada di kampung sehingga petang hari, kemudian kami terus pula ke rumah maklangku [adik mama, tadi kampung ayah], makan-makan lagi: kuay teow goreng, putu mayam, lemang.. memang famili aku macam ini [famili sebelah mama] kitorang selalu berkumpul sambil makan-makan...haha.. sehingga malam juga kami di sana, abang saudara ku juga mengajak kami yang muda-muda ini pergi menonton wayang... aku pada mulanya agak keberatan, memandangkan aku bukanlah penggemar filem aksi...tetapi mengenangkan pergi berhibur dengan saudara mara dan menonton pula di sebuah cinema yang baru sahaja dibuka, maka aku pun bersetuju laa... MBO nama panggung itu..dengar cerita cantik tempatnya...namun sekali lagi aku tegaskan aku bukanlah penggemar action movie.. dan cinema baru itu juga tidaklah sehebat mana kerana bagi aku panggungnya agak kecil...namun hiasan dalaman dan luarannya memang menarik...agak ramai juga orang almaklumlah tempat baru dibuka..
Quantum of Solace..cerita james bond yang dilakonkan oleh daniel craig.. pada minit-minit awal tayangan [ouh ya kami menonton tayangan tengah malam, midnite], fikiran aku dah mula di awang-awangan sambil berfikir: best ke cerita ni? pernah ke aku tengok cerita james bond sebelum ni? boleh ke aku bertahan sehingga ke akhir filem ni?
aku memang tak pernah mengikuti cerita james bond ni, dan kalau ada pun ia tak terkesan pada aku..aku memang tak minat filem aksi...dan paling penting aku tak minat cerita james bond [yer la kalau aku minat dah tentu aku follow cerita ni dari dulu kan??] dan sebab itu aku tertanya-tanya bolehkah aku bertahan dan menahan mata aku ini??? hahahha
namun nasib aku agak baik, james bond nya sangat lelaki dan berkarisma pada pandangan mata aku...maka dengan itu hati aku terbuka untuk menerima cerita ini serta membuka mata aku untuk mula memahami cerita ini... ouh ya walaupun aku tak minat filem aksi, tapi aku suka menonton filem seperti Italian Job, dan paling aku gemar ialah filem Ocean's 11, 12 & 13...itu memang aku minat...banyak juga aksi...tapi aku minat yang amat..
namun begitu, malangnya sehingga babak james bond mencampak mayat rakannya Mathis ke dalam tong sampah sahaja aku mampu memfokus...kemudiannya fikiranku mula di awangan dan mataku mula memberat...dan aku tahu sudah tiba masanya untuk aku tidur...aku tidak mampu bertahan lagi...aku khayal...
paling ekstrem apabila berlakunya aksi kejar mengejar tanpa dialog...menonton babak seperti itu sangat mengkhayalkan aku... serius aku memang alah pada babak seperti itu...
kerana sewaktu aku menonton filem triple-x [xxx] lakonan vin diesel bertahun-tahun yang dulu, aku juga terkhayal pada scene kejar mengejar tanpa dialog itu yang membuatkan aku lena dalam panggung..hahha
apabila aku tersentak oleh bunyi-bunyi kuat akibat dentuman mahupun tembakan dalam scene tersebut, aku cuba membuka mata tetapi semakin aku melihatnya, semakin kecil bola mataku... sehingga lah penghujung cerita....haha aku pun tak tahu apa ending filem james dan bond itu...dan aku pun tak berminat nak tahu...hahhaha nampak sangat ketakberminatannya aku pada filem ini walaupun hero filemnya sangat menarik...
kami pulang pun lebih kurang dalam pukul 2.30 a.m.. auhhh dah pagi dan aku sangat laa mengantukkk...maka aku pun menyambung tidur itu tadi...
hari ini pula [ahad] kami ke kajang pula, diajak oleh pakcikku untuk berkumpul dan makan-makan di sana, auhhh seperti dijangka topik tidur yang mengkhayalkan itu disensasikan oleh abang saudaraku itu..dah agak dahh...tak kisah pun...hahhaha
ouh ya sungguh enak makanan hari ini...nasi beriyani gam.. beriyani kambingnya memang mantappp.. aku ni sebenarnya bukanlah penggemar nasi beriyani, tapi hari ini nasi beriyani nya memang menyelerakan...ouh ya aku selalu sakit kepala kalau makan nasi beriyani, tapi tidak untuk yang ini, alhamdulillah..
ouh ya, tadi berbicara soal filem..aku hampir terlupa aku masih belum menonton filem Budak Kelantan...aku pun tengah berkira-kira untuk mencuri masaku ini..entah bila laa agaknya..
kenapa tak ajak saudara2ku itu? hoihhh tak payah laa, mereka ini skeptikal pada filem melayu yang mana dianggapnya semuanya tidak berbaloi untuk ditonton...memang cari pasal jer laa kalau aku ajak tengok filem melayu, lagi-lagi filem budak kelantan ni...
ouh ya berbicara lagi tentang filem, benarkah pengusaha-pengusaha filem sebenarnya sendiri bersekongkol dengan lanun cetak rompak, di mana awal-awal lagi lanun ni dah tawar sejumlah wang dan dipersetujui si pengusaha, asalkan dapat balik modal? walaupun sewaktu promosi filem dikempen pula agar perangi cetak rompak?? sedangkan mereka sendiri yang membenarkan lanun itu? kalau macam tu, tak perlu lah penguatkuasa KPDNHEP pergi membanteras kegiatan-kegiatan lanun ini, lebih baik mereka memfokus kepada kawalan harga-harga barangan yang mendadak naik sekarang ni.. tapi apa-apa pun aku hanya memberi persoalan sahaja, tidaklah aku menuduh si pengusaha, dan aku percaya kalau ada pun ia berlaku, bukan semuanya terbabit..hahha apa-apa pun ia sekadar persoalan..yang selebihnya lu pikir laa sendiri [nabil, saya pinjam ayat anda ok...]
hahaha...sekian sahaja entri kali ini...aku pun nak iron baju untuk kerja esok hari..juga nak mengemas bilik aku yang semakin berserabut ini....kemudian bolehlah aku tidur... tidur yang mengkhayalkan???...
hingga jumpa lagi,
pistachio almonde
Tuesday, November 4, 2008
kekasih yang tak dianggap
aku pelangi tak memberi warna dihidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
akulah bintang yang hilang ditelan kegelapan
selalu itu yang kau ucapkan padaku
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu
akulah bintang yang hilang ditelan kegelapan
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah
hari ni aku malas nak tulis banyak-banyak, aku nak tidooooo!!!! asyik ngantuk jer kat opis nanti... hmm...'kekasih yang tak dianggap' ni adalah lirik lagu yang dinyanyikan oleh Kertas Band... yahhh sebuah band indonesia...selain tu ada satu lagi versi nyanyian Pinkan Mambo.. aku tak pasti yang mana satu original version, tapi apa yang pasti aku lebih suka nyanyian Pinkan Mambo...asikk bangett deh...hahhaha.
aku memula dengar lagu ni dari handphone abang aku, terus aku minta transfer kat aku...masa tu versi Kertas Band... sangat asyik... abang aku kata, "ada satu lagi version pompuan yang nyanyi...sape ntah nama dia.." ahahh bila abang aku bagitau camtu terus laa aku google lagu ni...dan aku pun memuat turun laa lagu ni...ish macam mana laa industri muzik nak maju kalau semua orang mendownload jer kerja nya....
lagu ni mengisahkan tentang seseorang yang ada kekasih tapi tak dianggap sebagai kekasih oleh kekasihnya itu. mungkin sebab nak sorok daripada orang lain ker, tak nak orang lain tahu laa konon, alaa macam sesetengah artis yang tak nak mengaku berpacaran tu laa..hekhek ada ker??
aku suka lagu ni, tapi lirik nya tiada bersangkut paut dengan kehidupan aku pun... aku suka lagu ni sebab musik nya sangat asikkk...pastu ditambah ngan nyanyiannya dan liriknya...aku dah addicted to this song...hari-hari mau dengar..haha...lagi2 part korus.. sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa mencoba mengalah menahan setiap amarah....
ouh aku pun tak nak ulas lebih-lebih, sebab aku dah sangat ngantuk ni....sangattt..
hingga jumpa lagi,
pistachio almonde
Monday, November 3, 2008
masa
sesibuk mana pun kita, serehat mana pun kita..ia akan terus berjalan...meninggalkan kita...
ahaaa..aku tidaklah sesibuk mana, cuma aku tak berkesempatan nak menulis dalam blog dalam seminggu yang sudah...
aku pulang dari kerja, sampai dalam 5.30 p.m, waktu petang aku menonton sinetron olivia...
argghhh aku pun tak faham bagaimana aku boleh terlibat dengan sinetron tersebut... ouh, mungkin hanya untuk menghiburkan hati...jalan cerita menarik namun olahan yang membosankan, seperti memperbodohkan penonton macam aku...haha sekali lagi aku katakan aku hanya menonton untuk hiburan di waktu petang, sambil-sambil minum petang...
waktu malam pula, aku sibuk pula menonton drama kami the series. ouh aku hanya memuat turun di youtube. setahu aku ada 8 siri semuanya, dan sehingga catatan ini ditulis, aku baru sudah menonton 5 episod..haha. aku nak sangat menonton kami bukannya apa, aku sudah menonton kami the movie, jadi aku nak laa menonton kami the series yang telah ditayangkan sebelum keluarnya kami the movies itu.. selain itu, aku nak tengok lagi lakonannya zahiril adzim yang jadi pusher dalam cerita tu, dalam series lakonan dia tak menyerlah sangat, dalam kami the movies lakonannya sangat menyerlah dan berbakat..kalau dalam series yang cute nya yang memegang watak abu [nas-t]...hee.. sewaktu ditayang di 8tv aku ada jugak menonton satu dua siri, nampak macam tak menarik sebab aku asyik lihat ulang-ulangan, rupanya memang sengaja dibuat seperti itu dari sudut pandangan setiap watak yang ada...dah tengok kat youtube baru laa aku faham...haha.. ahad yang lepas juga aku pergi mencari dvd kami the series di speedy video, tapi tak ketemuan...ouh aku sendiri tak pasti sama ada atau tidak dvd nya dijual..untuk memuat turun dan menonton drama tersebut, paling tidak aku tidur pada pukul 1.30 a.m...ada jugak sampai 2.30 a.m...dan esoknya aku nak kerja..hahaha
selain itu, seminggu yang sudah juga aku sibuk membaca dan membalas email daripada my cousins. haha, yeah kami merancang untuk mengadakan our family day sekali lagi, yeahhh sekali lagi dalam tahun yang sama...haha baru aje bulan mac 2008 kitorang buat family day...ni insyaAllah hujung tahun 2008 ni kitorang nak buat lagi.. venue masih belum confirmed..tapi aku rase tempat yang sudah, sangat lah praktikal untuk family day kitorang ni. A-Famosa, melaka. sabtu yang sudah juga kami berkumpul ramai2 dengan saudara sebelah mama. tujuan: mesyuarat family day. haha dan sudah semestinya family gathering=pesta makan. yeahhh macam2 ada, mee kari, pizza, sandwiches, kuih muih.. sambil tu sempat celebrate birthdae one of my cousins yang umurnya baru 18... mesyuarat sabtu lepas dihadiri oleh semua kecuali my bro, my sis, n one of my cousins... yang lain semua datang, ada dalam 30 lebih orang berkumpul kat umah kitorang...seronokkk....
hari ahad yang lepas pula aku bawa mama n papa makan kat kenny rogers, biasalah semalamnya dah sibuk mengemas dan mencuci pinggan setelah mesyuarat tu, mama pun bersuara, "jom makan kat luar hari ni"... hmm, kitorang ke jusco... itu yang aku sempat mencari2 dvd kami the series. tiba-tiba teringat ada wayang yang aku nak sangat tonton, Budak Kelantan.. aiihh tapi takkan lah aku nak ajak diorang tengok cerita tu. papa dah tentu tak nak tengok wayang, mama plak lebih menggemari cerita seperti; Sepi, Akhirat, PHSM [aku sekadar menulis movies yang sudah mama tonton di pawagam bersama auntie2 ku yang lain].. aku memang nak sangat tonton cerita Budak Kelantan ni..aku pun tak pasti cerita ni bagus atau tidak, tak banyak baca review pasal filem ni. tapi aku dah tengok trailer...dah aku tertarik nak tonton. aku tahu semuanya speaking kelate, tiada masalah, aku banyak saing2 kelate dulu...hahha pelakon nya yang popular pun bienda n danny x-factor jer, yang lain tak berapa dikenali...dua pelakon yang bernama tu pun tak menarik hati aku... yang menarik hati aku untuk menontonnya dengar cerita filem ni agak lain daripada yang lain.. dan ada baca komen positif untuk watak jahat dalam filem ni, aku pun tak ingat siapa namanya... ouh aku mesti mencuri masa untuk menontonnya nanti...tapi bila??????????? masa....ohhhh...
hadiah...ouh ya hari ini [isnin], aku dapat dua hadiah daripada 2 orang rakan. satu daripada seorang daripada rakan sekerja yang dah dapat kerja di tempat lain. dan satu lagi hadiah daripada rakanku di universiti dulu sebagai hadiah konvokesyen, terima kasih laa banyak2...buat susah-susah aje...hee...
ouh mata aku dah berat ni, masa untuk tidur...
hingga jumpa nanti,
pistachio almonde
Saturday, October 25, 2008
hari sabtu yang ceria
hari sabtu aku dimulai dengan sesi fotografi di studio...hakhak bersungguh bunyinya...actually sesi fotografi dengan jubah konvo yang sudah hendak dipulangkan semula hari itu juga...maka pergi lah aku bersama mama n papa ke sebuah kedai gambar...aduyaii aku terlupa pula nak bawa buku skrol aku...maka terpaksa laa aku gunakan skrol anak tuan punya kedai gambar....tapi x dapat laa nk tunjuk nama universiti tempat aku blaja dulu...takpelaa...asal ade gambar...aku pun memula antara ye dengan tidak je nak amik gambar kat studio ni...dalam hati aku..."perlu ke?" tapi bila mama kata amik jer la sebagai kenangan di masa hadapan...maka bergambarlah aku...sedangkan dah banyak gambar diambil tika majlis konvokesyen hari tu...hee...ouh dan bayarannya bukan sedikit untuk gambar studio ni...dalam hatiku berkata.."takpe laa...sekali sekala..." gambar dengan family hanya dengan mama n papa jer la...sebab abang n adikku masing2 sibuk dengan komitmen masing-masing...
~tren komuter yang sesak dan tambang teksi yang mahal
yahh....tengahari nya aku terus ke destinasi dan tujuan ku: universiti ku untuk memulangkan jubah....perjalanan ke sana agak sesak...yeahhh aku menggunakan perkhidmatan awam yang baru2 ni paklah cuba untuk menggunakannya...konon2 nak mengalami apa yang rakyat dia lalui laa...aku ingat bila paklah dah mengalami keperihan rakyat menaiki tren komuter ni semakin efisien laa...tapi hampeh lagi ado...huhuu...[dah agak dahhh].. seperti biasa gerabak sangat sesak dan masa menunggu sangat menjengkelkan...ouhhh...
sampai kat stesen komuter aku pun mula laa cari teksi untuk ke universiti ku...aii dah guna terminal teksi berkomputer plak...ala2 macam kat kl sentral laa pulak..maka membayar laa aku sebanyak RM10 untuk ke destinasi ku...yang dulunya aku rasa kalo aku naik sorang bayar RM5 pun boleh dapat...ishhhh....
~universitiku
maka tibalah aku ke universiti ku menaiki teksi berharga RM10 tadi...pakcik teksi tu sempat tanya "adik tak nak buat sesi fotografi ke kat situ?" sambil menunjuk ke arah sekumpulan graduan yang bergambar dengan jubah mereka...terus aku jawab.."takpe la pakcik...dah banyak dah gambar..." sambil berfikir..pakcik ni nak tolong amikkan gambar aku ke?? hahaa....
aku pun tiba di pusat pemulangan jubah...ehh macam kenal je minah depan ni...lorr teman aku rupanye...cess tak bagitau pun nak pulangkan jubah hari ni...padahal tadi aku call dia kata nak pulangkan hari ahad...rupanye dia bawa teman tapi mesra dia...haaa kan dah kantoi...huhu..kiranya aku laa orang pertama dia antara teman yang melihat teman tapi mesra dia ni...huhuhu...
hmm..setelah memulangkan jubah dan mengambil skrol n transkrip serta gambar konvo [ouh yer kitorang sempat beli dvd konvo...terbang lagi duit aku..takpela kenangan] kitorang pun sempat bergambar kat kawasan kampus...pastu masing2 nak balik dah...aku dah nekad nak ke midvalley...maka ajak laa aku pada temanku tadi...tapi dia tak nak pulak...takpe laa....kitorang pun kembali ke stesen komuter yang sesak dengan menaiki teksi sekali lagi....hah terbang lagi duitkuuuu....
~destinasi seterusnya...
ouhh...barisan manusia yang menunggu tren menghala ke destinasi ku seterusnya sangat laa ramai...takpe laa walaupun aku kecil orangnya...aku memang dah biasa dengan situasi merebut tren ni...maka menyelit laa aku dalam keramaian orang untuk memasuki perut gerabak komuter yang sedia penuh macam ikan sardin...dan aku berjaya meloloskan diri dalam keramaian itu....hahahha...tak lama selepas itu tibalah aku ke destinasiku: pusat membeli belah yang selalu aku pergi waktu aku belajar dulu...yeahhh aku memang dah biasa jalan seorang diri..entah kenapa adakalanya aku suka jalan sorang2, tengok wayang sorang2 pun selalu dah biasa...termasuk laa makan sorang2...haha...sebenarnya aku suka gi shopping sendirian sebab aku ni agak cerewet dalam memilih...katakanlah aku nak beli sepasang kasut...maka aku akan keluar masuk kedai kasut sampailah aku dapat kasut yang berkenan di hati....makanya....siapa yang sanggup ikut aku??? ouh...aku pun taknak menyusahkan teman2 aku dengan kecerewetan aku...heee....kalau aku pergi shopping dengan teman2ku kebarangkalian untuk aku tidak membeli apa2 adalah sangat tinggi...heee....
~kami the movie
yeah....tiba je kat midvalley terus jer aku menuju ke GSC...ouh waktu tayangan Kami the movie 4.20 p.m...setelah mendapatkan tiket wayang...aku terus ke mcdonalds untuk mengalas perutku yang sudah berkeroncong....6 pieces of mcnuggets n fresh orange jadi pengisian...oleh kerana tiada tempat available kat mcd tu aku pun mencari tempat di food court ...nasib baik ade meja kosong...hee...
beli mcnuggets pastu aku dok makan kat sini
4.15 p.m aku masuk GSC...ouh aku duduk sebelah kanan aku sekumpulan remaja perempuan...sebelah kiri aku pulak sekumpulan remaja lelaki masih bersekolah aku kira...oklaa tu...aku satu jer risau kalao gi tengok wayang sorang2 ni....takut kalau duduk sebelah orang yang ntah apa-apa....erk...apa-apa laa...yang penting aku aman tengok Kami the movie ni...
hoish...[seperti ali n abu...hakhak] kami the movie ni agak menarik...setiap karakter banyak rahsia masing2..aku sebenarnya dari haritu nak tengok tapi takde masa....nasib baik ade kesempatan menontonnya...
salah satu sebab aku selalu tengok wayang sendirian ialah ramai member aku tak suka menonton...dan kalau yang suka pun dorang taknak tengok cerita melayu...skeptikal sangat...tengok macam aku...semua aku tengok...english movie...malay movie...hatta cerita indon pun aku gi tengok...kalo ade cerita hindi yg best pun maybe aku akan gi tengok...maybe laa...haha.. entah erk ada sesetengah orang anggap filem melayu ni low-class laa...abis tu camner nak maju...dulu maybe laa...tapi sekarang aku rase filem melayu sekarang ni dah banyak improve...dan pada pandangan aku dah makin ramai orang yang boleh menerima filem melayu ni....erm..tapi aku pun bukan semua filem melayu aku gi tengok...filem yang benar2 menarik hati aku jer aku akan berusaha untuk menontonnya...cerita sepet, mukhsin, sepi, kl menjerit, hatta filem syaitan yang kurang promosi itu pun aku pergi menontonnya...ahah tapi satu jer aku kurang gemar bila menonton filem...aku sangat tidak gemar pada filem science-fiction dan cerita2 yang kadangkala tak masuk dek akal...
owh yer one more thing aku suka tengok wayang sorang2 ni ialah supaya aku boley fokus pada ceritanya...bile dah fokus baru datangnye feel....hahhaha...bukan ape kadang2 ade sesetengah orang bile tengok wayang...mulut dia pun sama bising...hoishhhhh tu yang aku tak gemar...kalo nk review filem tu pun after that laa...hahaha...macam Kami the muvee ni...last part, tyme abu mati tu aku rase agak sedih laa jugak...tapi takla sampai mengalir air mata...tapi kira feel la jugak tuu...kuikui....and other part bile boy accident tu...aku pun taktaw dia mati ke idak...tapi memang terkamjat laa...aku harap2 dia x mati laa..sbb kalo ade sambungan kami ni aku nak watak boy tu ade lagi.....walaooupun dia jahat....wikikiki...[eyh ade ker sambungan part 2 nye????]
kami the movie ni juga aku nak tengok sangat sebab review filem yang aku baca positif...aku tengok the making of, cerita ni agak menarik...dan paling penting aku nak tengok lakonan Zahiril Adzim sebagai watak antagonis... aku kenal zahiril ni pun melalui pembacaan aku jer....sejak ade cerita kami the movie ni laa...ntah camne sedang aku baca satu forum ni ade link ke blog nye zahiril adzim ni...waahhh sangat interesting dia punya penulisan dalam blog...disebabkan aku tak pernah tengok lakonannya dan aku rase Kami is his first movie [maybe] aku pun teruja laa nak tengok Kami ni..
Kami tentang sekumpulan remaja ali, abu, adi, lynn dan sofie...yang masing2 ade cerita dan rahsia tersendiri...ouh tak perlu laa aku review kat sini...gi nonton sendiri dehhh.... oopss zahiril adzim sebagai boy sangat mantap lakonan nya....harapnye ade movie lakonannya lagi lepas ni...hoishhh anyway terkabul hasrat aku nak nonton Kami ni...akhirnya....
~pulang..
pulanglah aku ke rumah selepas menonton...owh yer sebelum pulang sempat aku ke Vincci n Nose...melihat kasut2 n sandal yg menarik..memang menarik...tapi memikirkan aku sudah banyak berbelanja untuk hari raya dan majlis konvo ini...maka aku melupakan kasut2 yang cantik itu..masa untuk menyimpan!!!dan sekali lagi aku menaiki tren, memenuhi perut gerabak yang sentiasa penuh...ouhhh....sesak...risau juga aku pada pencopet2...alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku...setelah setengah jam berdiri dapat juga aku duduk..heee..aku tiba di rumah dah nak pukul 8.30 p.m....penat? hmm..takde laa terasa sangat...penuh terisi hari sabtu aku pada minggu ini...cuaca pun agak baik...cerah sentiasa....secerah hatiku....
hingga jumpa lagi,
pistachio almonde
Friday, October 24, 2008
konvokesyen
yahh...rabu lepas aku baru jer selesai menghadiri majlis konvokesyen yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama...mahu taknye dari november 2007 aku tunggu...baru la ni dibuatnye konvo...takpe laa...janji konvo...huhu..
yeahh..maka berjumpalah aku dengan rakan2 seperjuangan aku sewaktu sama2 belajar dahulu...seronok laa dapat jumpe member2 lama...paling penting bile konvo ni ialah nak bergambar jer laa kejenye...nasib baik laa aku bawak photographer aku...ahhahaha
anyway...perasaan konvo aku kali ni tak terasa sangat..mungkinkah sebab lama sangat menunggu....sampai xde feel dah...huhuhu....tapi teruja jugak laa jumpe member2...
cuma aku rasa perasaan aku masa amik diploma dulu lain sikit...waktu tu...masa perarakan nak masuk dewan...masa melangkah dalam dewan tu aku rasa macam nak menangis jer...
tapi waktu degree ni aku jalan selamba jer..masa nak naik pentas pun tak teruja...maybe masa diploma dulu sultan yang bagi...tapi maybe jugak sebab 11 bulan tunggu konvo yang buat aku rase tak teruja sangat tu...[nama jer tak teruja...tapi berabis jugak laa aku beli baju konvo, kasut konvo, hatta handbag konvo sekalipun...tu belum masuk make-up lagi.....wakakkaka nasib baik dah ada gaji....huhuhu]
apepun alhamdulillah berjaya jugak aku menggengam segulung ijazah...sekarang masa untuk mencari kerja yang lebih stabil...insyaAllah...
oky laa..nanti kite cerita lagi...huhu..owh yer kelakarnye konvo hari tu..lagu iringan nye memula lagu jiwang2 pastu lagu rancak2...daddy cool laa...kuch2 hota hai pun ade...paling tak boley blah lagu raya...tapi aku x ingat lagu apa yang mengiring aku masa tu....wikikikiii...bebudak ni siap bertepuk2 tangan lagi...ye laa maybe bukan sultan yg bagi...so boley laa happy2...kalo x masa sultan dulu semuorang behaved jer....heheh
owh yer...satu lagi...ade laa pulak graduan2 lelaki yg rambutnye agak panjang...konon mengikut gaya2 band indie laa lagaknye...wakkaka...sebelum mula majlis tu...petugas panggil dorang...haaa kan dah kena potong rambut tu...mesti dorang tension je kan..ye laa..bukan lawa pun pakcik petugas tu potongkan...haha... anyway ade laa sorang mamat yang kena potong rambutnye tu sangat laa cute...hehe..suka aku melihatnye....ekeke..
hingga jumpa lagi,
...pistachio almonde
Wednesday, October 15, 2008
~~pertama~~
pertama kali aku menulis blog... perasaan?? biasa-biasa. takde keterujaan. kenapakah?? bila aku baca blog orang lain...sangat memberi inspirasi pada aku...sangat teruja...sangat menarik... tapi bila aku sendiri yang cuba untuk mencoret dalam blog yang pertama kali aku punyai ini... lesu.. mungkin aku sendiri xde mood sekarang...tapi hati meronta-ronta untuk mempunyai sebuah blog :p
hey...kenapa aku nak blog?? ermm....hmmmm..ouh aku pun tak pasti...hehe... ikut-ikutan? tak jugak...yang betul aku sedang mencari2 apakah isi kandungan blog aku ni...
politik?? yeahh...zaman ini political blog tumbuh macam cendawan lepas hujan.. hahah.....aku kekadang baca jugak blog2 politik ni..yeah aku suka politik...aku suka tahu tentang politik... aku pernah jugak berangan [sikit je angan] untuk jadi ahli politik...muehehee...tapi bila aku lihat semula... kotornya politik ni....ahhhh tak jadi lah...aku tak nak tergolong dalam kekotoran itu [yer...aku tau bukan semua nye kotor]...dan kalau boleh aku juga tak nak comment pasal politik...tapi kalau ade jugak aku ter'komen tu...maaflah yer...kadang-kadang terlebih emosi..hehe
gosip?? yeah blog berunsurkan gosip....gosip ape?? gosip artis? apa ada hal?? aku bukannya wartawan gosip yang kadang-kadang tulis gosip ikut suka hati jer...adakala naik muak plak aku membacanya...bluwekkkk.... :p
ada jugak orang tulis blog pasal cinta. perasaan. kehidupan. minat. musik. ahhh..banyak lagi...
aku??? hmm..entahlah maybe aku akan coret apa saja yang aku rasa aku mahu coretkan...
yelah aku bukannya ahli politik, artis, atau selebriti mahupun yang berpengaruh untuk orang lain ikut setiap tulisan dalam blog aku ni...mueheehee...
~~di luar kotak~~
yeahh...aku namakan blog ni...DI LUAR KOTAK...kenapa?
erm...aku sebenarnya dah hampir 3 minggu fikirkan nama blog...last2 ini yang aku pilih...
maksud di luar kotak ni sangat luas...seluas isi coretan aku...ngeee..ye ye oo jer..
bile orang baca 'di luar kotak' mungkin ada yang terlintas 'thinking out of box'...seperti berfikir selain daripada apa yang kita nampak...
di luar kotak boleh juga membawa maksud kita berada di bahagian lain dunia yang kita berada kini...iaitu di dunia maya... :) seperti terpisah dari manusia lain?? ouh...aku tidak lah seperti itu..huhu...
walau apa pun yang anda fikirkan...di luar kotak lah nama blognya...
oky lah...aku pun dah rasa nak melelapkan mata..esok kerja....yayyyyy...
hopefully this is not the first n the last entry...hehe...semoga aku mendapat inspirasi yang lebih untuk menulis blog ini....wiiieeeuuuwww....
hingga jumpa lagi,
...pistachio almonde




