Sunday, January 18, 2009

pakcik hussain

huhu...aku sepatutnya dah tido sekarang ni sebab aku sangat ngantuk dan esok juga nak kerja... tapi disebabkan aku nak kongsi kegembiraan aku, maka aku luangkanlah sedikit masa untuk bercerita mengenai seorang pakcik kegemaranku ini...hehehe... aku sebenarnya tak pernah pun bertemu dengan pakcik ni...iaitu pakcik hussain...

pertama sekali tahniah kepada pakcik hussain kerana telah merangkul anugerah juara lagu ke 23 kali ini. aku pada mulanya sangat lah tak sangka dan taklah berharap sangat untuk kemenangan pakcik hussain ni... aku memang minat sangat dengan band ni, tapi aku tak sangka diorang akan menang kali ni... apa yang aku suka dengan band ni? erm...ada sesetengah lagu diorang yang aku minat...i like their music...pari-pari bawah angin, lagu untukmu, halusinasi macam-macam lagi laa.. dan paling aku minat adalah pada vokalisnya, pakcik lan...eyhh pakcik jugak ke? kahkah... bagi aku dia seksi dan ada tarikan...tapi hensem tak kot...aku bukan indie-fan...aku bukan seorang yang pergi ke gig-gig...aku hanya peminat musik yang boleh menerima apa-apa jenis musik...aku bukan peminat tegar mereka, tapi aku memang peminat mereka...dan aku memang minat lan vokalisnya...walaupun hari tu aku tengok melodi ada gosip tak berapa sedap pasal dia...tak mengapa, aku tetap minat... kalau lah aku bertemu dengan pakcik hussain ni...tentu seronok kan...lagi-lagi mendengar suara lan yang unik walaupun ada yang mengata suaranya seperti pasha sandau..kahkah...

berbalik pada anugerah juara lagu tadi... jangkaan awal aku sebelum konsert bermula ialah doa dalam lagu, zahid dan heliza...juara kategori etnik kreatif, sampai syurga faizal tahir kategori balada, dan kategori pop rock aku tak berapa pasti...mungkin stacy atau elyana...

tetapi apabila melihat kepada persembahan malam final tadi, lagu zahid dan heliza tidak disampaikan dengan berkesan begitu juga dua lagi lagu dalam kategori etnik tersebut...namun akhirnya dimenangi oleh farawahida lagu apa ntah aku tak ingat...tak kisah lah sebab takde lagu best pun dalam kategori tersebut... kategori balada pula ayu oiam dengan lagu hanya di mercu menunjukkan persembahan yang agak power, dan aku jangka ayu yang akan menggondol persembahan vokal terbaik...namun faizal tahir sebagai juara kategori balada dan juga persembahan vokal terbaik...ish aku rasa vokalnya takde laa best sangat malam tadi...rasa macam tak adil jer... lagi bertambah meluat bila faizal pun menang persembahan terbaik...apa sangat laa persembahan buka baju dan potong rambut dia tu...erkhhh...best lagi performance pakcik hussain...sangat menepati konsep iluminasi tu lah bagi aku...hehee...

bagi kategori pop rock...yang bertanding adalah lagu nyanyian pakcik hussain, stacy, sofaz, estranged, elyana.... pada aku yang benar-benar ada semangat nak menang dalam kategori ni ialah pakcik hussain, stacy dan mungkin estranged... manakala sofaz dan elyana berada pada takuk lama persembahan mereka...sebenarnya aku ingat pakcik hussain aku ni akan sekadar nyanyi biasa jer tapi tak sangka pulak mereka tampil berbeza ditambah dengan pencahayaan yang sangat menarik pada mata aku...jadi bila tiba nak umum juara kategori pop rock aku dapat rasakan harapan untuk meet uncle hussain ni....alhamdulillah mereka menang...tapi bila nak diumumkan pemenang juara lagu, aku ingat faizal tahir yang akan menang [aku dah hampir tutup telinga tak sanggup nak dengar] tapi bila cheryl samad sebut nama taja, tass dan lan...aku dah bersorak gumbira untuk mereka...hehe...memang hampir tak percaya, tapi itulah realiti.... seronok sangat melihat diorang menang....hee...tahniah

oklaa itu sahaja komen aku untuk AJL 23 ni...aku pun dah ngantuk sangat dan masa untuk tidur...selamat tidur...daaa...

amaran: penulis bukanlah juri tetap atau juri sampingan Anugerah Juara Lagu ke 23, penulis juga bukan pengkritik profesional, dan tidak pernah mendalami ilmu muzik. penulis hanyalah penggemar musik tempatan dan luar negara.. yaa termasuk lagu indon ya...kahkah

hingga jumpa lagi,
pistachio almonde

No comments: